Sunday, 17 February 2013

Setulus Kasihku bab 4 & 5

Bab 4

 Tan Sri Tengku Aliff mengetuk pintu pejabat sahbatnya. Setelah diberi kebenaran untuk masuk barulah dia memulas tombol pintu pejabat itu. Dia memandang pelik sahabatnya yang masih leka menghadap fail kerja.

 " Ada apa kau panggil aku ni?" tanya Tan Sri Tengku Aliff serius setelah duduk di hadapan sahabatnya itu. Dekorasi pejabat sahabatnya itu diperhatikan. Tampak sangat eksklusif!

 Tan Sri Aiman merenung sahabat di hadapannya. 

 " PA aku dah nak bersalin... Kau boleh tak tolong aku carikan sesapa untuk gantikan dia? Boleh senget bahu aku kalau tak ada pembantu... Aku tak kisahlah perempuan ke lelaki..." luah Tan Sri Aiman lalu menekan interkom di hadapannya untuk menyuruh tea lady syarikatnya membuat dua cawan kopi. Tidak sampai 5 minit, tea lady syarikatnya sudah menghantar dua cawan kopi yang dipesan.

 " Aku akan usahakan! Lagi berapa bulan dia nak bersalin?" soal Tan Sri Tengku Aiman lalu menghirup perlahan kopi yang masih berasap-asap kecil lagi. 

 " Tak sampai sebulan... Tak silap akulah." Tan Sri Aiman ketawa kecil mendengar jawapannya sendiri.

 " Aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

 " Tanyalah" jawab Tan Sri Aiman pendek.

 " Kau ada anak tak dengan Zurin?" Soal Tan Sri Tengku Aliff ragu-ragu.

 Tan Sri Aiman terkedu mendengar soalan sahabat karibnya itu.

 " Rasa aku ada dua orang. Kembar perempuan. Aku pernah jumpa si adik je. Tak silap aku nama dia Adelia. Yang sorang lagi aku tak pasti. Aku selalulah juga jumpa Adelia sebelum diaorang pindah Singapore" luah Tan Sri Aiman. Tiba-tiba ingatnnya teringat pada anaknya yang bernama Adelia itu. Apa khabar anaknya itu, sekarang?

 Tan Sri Tengku Aliff mengangguk mendengar luahan sahabtnya itu. Kemungkinan besar anak angkat isterinya itu ialah anak kepada sahabatnya itu. Apa-apa pun biarlah takdir yang menentukannya.

 " Kenapa kau tanya?" soal Tan Sri Aiman setelah sekian lama mereka berdiam diri. 

 " Tak ada apa-apa. Nampaknya aku terpksa pergi dulu sebab aku nak tengok site di Krubong" kata Tan Sri Tengku Aliff setelah menilik jam yang dipakai di pergelangan tanganya. Tan Sri Aiman mengangguk mendengar kata-kata Tan Sri Tengku Aliff. 


 " Dah lama ke you sampai?" soal Adelia Zanysha. Hafizah tercengang-cengang melihat penampilan baru kekasih hatinya. Sejak bila kekasihnya ini berubah? Pelbagaik persoalan muncul di benaknya.

 " Tak adalah lama sangat. Ada apa you jumpa I?" Tanya Hafizah pula.
 Matanya masih tidak dapat lari dari melihat penampilan baru Adelia Zanysha.

 " We need break! I dont want to make sins anymore!" kata Adelya Zanysha dengan nada tegas. Hafizah tertawa kecil mendengar kata-kata Adelia Zanysha. Tidak percaya pula apabila Adelia Zanysha yang mengungkap kata-kata itu. Tawa Hafizah mati serta merta apabila Adelia Zanysha memandangnya tajam.

 " Seriously? Are you joking, Adelia Zanysha or maybe you are sick?" sindir Hafizah. Terasa dunia berhenti berputar apabila Adelia Zanysha ingin memutuskan hubungan antara mereka.

 " I'm not joking nor sick! Thats the truth! I want to break with you! I'm not kidding!!' balas Adelia Zanysha geram. Dipandang tasik yang terbentang dihadapan mata. Subhanaallah, sungguh indah ciptaanMu!

 " But... Why, Adelia??? You know how deep my love right! How could you do this to me?!" soal Hafizah. Air mata bergenang di tubir mata. Hanya tunggu masa untuk mengalir di pipi.

 " Its all bout sins. Tak takut ke bila di akhirat nanti? Sampai bila kita nak berkelakuan begini?" soal Adelia Zanysha pula. Tidak semena-mena air mata mengalr di pipinya. Dengan pantas dia mengelap air matanya.

 " Jangan cakap pasal dosa kalau diri sendiri pun tak betul!" sindir Hafizah. Wajah Adelia Zanysha berona merah apabila disindir. Dia sendiri akui, dia bukanlah seorang hamba yang taat pada perintah Allah tapi sekurang-kurangnya dia cuba untuk menjadi seorang hamba yang taat. Walaupun dia telah membuat salah satu dosa besar tapi puasa di bulan ramadhan sedaya upaya dilakukan. Hanya solat sahaja sukar untuk dia lakukan. Alangkah bagusnya kalau masa dapat diundurkan kembali!

 " Setiap manusia tidak lari dari kesilapan! I'm trying to reedem the sins i have done! Do you get that?!" kata Adelia Zanysha dengan nada geram lalu beredar dari situ. Hafizah memandang Adelia Zanysha dengan pandangan amat sinis.

 Hafizah mendengus kasar mendengar kata-kata Adelia Zanysha. Tebuslah sangat!

 " Kau pasti ke Tuhan akan ampunkan dosa kau?" soal Hafizah sinis. Langkah Adelia Zanysha terhenti ketika mendnegar soalan sinis Hafizah.

 " Allah itu Maha Pengampun. By the way, tak pernah ke dengar cerita mengenai Nabi Luth dan kaumnya. Nabi luth pernah berkata pada kaumnya '  Sesungguhnya aku ialah rasul utusan Allah SubhanAllah Wa Taala.. Hendaklah kamu semua takut dengan kemurkaan Allah. Sesungguhnya kamu semua daripada golongan lelaki yang melepaskan nafsu kamu kepada lelaki lain, bukannya kepada wanita. Sesungguhnya kamu ialah kaum yang melampaui batas'. Yang membezakan kita dengan kaum Nabi luth ialah jantina kita... Kaum Nabi Luth melakukan hubungan sesama lelaki manakala kita pula sesama perempuan" luah Adelia Zanysha panjang lebar. Mujurlah dia masih ingat lagi tentang kata-kata yang pernah Nabi Luth ucapkan pada kaum-kaumnya. 

 Hafizah tergamam mendengar luahan Adelia Zanysha. Tersentap sebenarnya! Hanya pandangan mata saja yang mengiringi langkah pemergian Adelia Zanysha.


 " Kenapa mata Adelia bengkak?" soal Puan Dahlia prihatin. Terkejut juga apabila melihat keadaan anak angkatnya itu. Adelia Zanysha hanya menggelengkan kepalanya.

 " Jangan tipu mak cik... Kalau ada masalah insyaallah mak cik boleh tolong" pujuk Puan Dahlia. Hatinya tidak akan tenang selagi belum mengetahui punca kesedihan Adelia Zanysha. Setelah didesak banyak kali akhirnya Adelia Zanyhsa menceritakan perkara yang berlaku beberapa jam lalu.

“ Terima kasih mak cik sebab sudi terimaAdelia. Nak tanya satu soalan boleh?” soal Adelia Zanysha setelah menceritakan masa silamnya. Wajah Puan Dahlia sangat tenang ketika dia menceritakan masa silamnya.

“ Tanyalah..." jawab Puan Dahlia lembut lalu merenung wajah ayu Adelia Zanysha.

“ Allah maafkan tak dosa Adelia?” soal Adelia Zanysha dengan wajah sedih. Puan Dahlia terkedu mendengar soalan Adelia Zanysha.

“ Allah itu maha pengampun. Tentu dia memaafkan dosa umat-umatnya.” Jawab Puan Dahlia dengan tenang.

“ Walaupun dosa yang kita lakukan ialah dosa besar?” tanya Adelia Zanysha lagi.

“ Ya.” Jawab Puan Dahlia pendek. Dia yakin Adelia Zanysha hanya tersilap langkah ketika dia meniti alam remaja dahulu. Walau pun golongan gay dan lesbian telah melakukan kemunkaran di sisi Islam tetapi menangani mereka haruslah mengikut prinsip dakwah umum iaitu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan perdebatan dengan cara yang terbaik. Mencela, menyisih dan menghina mereka semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah.


Daripada Anas. R.a : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: AllahS.W.T telah berfirman : “ Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana kmau meminta dan berharap kepadaKu, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemuiKu di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukanKu dengan yang lain nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”


 " Dulu Adelia kerja apa?" soal Tan Sri Tengku Aliff ketika mereka sednag menikmati makan malam. Dia cuba untuk beramah mesra dengan Adelia walaupun dia sudah mengetahui pekerjaan gadis itu. 

 Suapan Adelia terhenti apabila mendengar soalan Tan Sri Tengku Aliff.

 " Adelia doktor di klinik arwah umi Adelia. Kenapa uncle?" 

 " Ooo... Adelia nak tak kerja dengan company kawan uncle, Crystal Holdings? As a personal assistance? Beberapa bulan aje sebab setiausaha dia cuti bersalin. Adelia jangan risau nanti setiausaha dia ajar Adelia pasal tu semua" tawar Tan Sri Tengku Aliff. Manlah tahu Adelia Zanysha menerima tawarannya. Puan Dahlia memandang wajah Adelia Zanysha yang terkedu seribu bahasa itu. Mungkin terkejut dengan tawaran yang diberikan pleh Tan Sri Tengku Aliff.

 ' Okay jugak tu... Ada jugak duit masuk dalam account bank aku! Lagipun aku pernah bercita -cita nak jadi P.A... Bolehlah' kata Adelia Zanyhsa di dalam hati. ' Kau nak berapa banyak duit, Adelia? Dah banyak sangat duit dalam account bank kau', sela hatinya. 

 Setelah memikirkan baik buruknya akhirnya dia bersetuju untuk bekerja sebagai setiausaha di Crystal Holdings.

 " Minggu depan ikut uncle pergi Crystal Holdings" kata Tan Sri Tengku Aliff pendek. Adelia Zanysha hanya mengangguk sahaja. Rasa tidak sabar pula untuk bekerja kembali... Walaupun itu bukan bidangnya!



Bab 5

 Azrul menunggu majikannya dengan penuh kesabaran. Sudah 10 minit dia menunggu majikannya itu namun tidak muncul-muncul lagi. Air teh limau ais dihirupnya perlahan. Tiba-tiba kerusi dihadapnnya ditarik sessorang.

 " Lama ke kau tunggu aku, Azrul? Tadi ada kemalangan di Putra Heights" Kasihan pula Azrul menunggunya dan nasib baiklah dia keluar dari villanya awal sikit kalau tidak jawabnya memang Azrul akan menunggunya lebih lama lagi. Selalunya dia yang menunggu Azrul.

 " Tak adalah lama sangat, bos. Rasa saya 10 minit je kut. Ada apa-apa kerja untuk saya, bos?" soal Azrul selepas memanggil pelahan untuk mengorder minuman atau makanan.

 " Hrmmm... Tolong cari maklumat tentang isteri dan anak-anak aku. Bagi aku maklumat tu minggu depan" kata Tan Si Aiman tegas lalu menghulurkan sekeping cek kepada Azrul disertakan dengan jelingan tajam.

 " Baik, bos." balas Azrul lalu beredar dari situ. Faham benar dengan perangai majikannya itu. Jika majikannya itu sudah menjelingnya itu bermaksud 'pergi dari sini.' Boleh tahan besar juga nilai yang ditulis di atas kertas cek ini. Pasti kerja yang diberi itu susah.


 " Morning!" sapa Dato Tengku Amsyar lalu duduk di kerusi untuk menjamah makan pagi. Datin Syaza datang dengan sejug air oren dan sepinggan roti.

 " Selamat pagi!" balas Datin Syaza. Dato tengku Amsyar menyelak akhbar dihadapannya. Ingin mangetahui perkembangan dunia semasa pada awal pagi.

 " Mana Rifzqi? Tidur lagi atau pergi berjogging?" soal Dato Tengku Amsyar selepas menyelak akhbar.

 " Tidur lagi... Semalam dia balik villa lambat. Ke mana saya pun tak tahu..." jawab Datin Syaza. Dato Tengku Amsyar hanya mengangguk mendengar jawapan isterinya. Perangai anaknya yang seorang itu memang agak liar sikit. Tak habis-habis dengan party. Puas dinasihatkan tetapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

 " Hrmmm... Cakap dengan dia esok saya nak muka dia ada di office! Lambat pun tak apa... Janji dia ada dah cukup baik!" kata Dato Tengku Amsyar serius.

 " Ya, bang. Saya pun dah tak tahu macam mana nak betulkan perangai dia tu... Kita dah ajar semua anak-anak kita tentang agama Islam tapi dia seorang saja yang tak nak ikut apa yang kita ajar semasa dia kecil" beritahu Datin Syaza. Hati ibu mana tidak pilu apabila si anak tidak mengikuti apa yang diajari! 

 
 Datin Syaza mengetuk pintu bilik anak terunanya berkali-kali namun tiada balasan. Datin Syaza pun memulas tombol pintu bilik anaknya itu dan tergelng-geleng kepalanya apabila melihat keadaan bilik anaknya yang tidak ubah seperti ladang kambing. Agaknya ladang kambing pun lebih bersih daripada bilik anaknya ini. 

 " Tengku Rifzqi Aryan!!!" jerit Datin Syaza. Terus terbuka mata Tengku Rifzqi Aryan mendengar jeritan umi kesayangan. Terpisat-pisat dibuatnya.

 " Apa?!" balas Tengku Rifzqi Aryan dingin. Marah kerana uminya mengacau tidur lenanya. 

 " Dah pukul 11.30 pagi baru kamu bangun!? Kamu ni dah boleh jadi bapak orang tau! Bangun... Bangun... Bangun!!!" arah Datin Syaza tegas lalu membuka tingkap bilik. 

 " Alahai umi ni... Relekslah umi! Baru umur 26 tahun bukannya 62 tahun... Nak buat apa kahwin awal-awal?!" soal Tengku Rifzqi Aryan lalu menyelimutkan kembali badannya. Datin Syaza menggelengkan kepalanya mendengar soalan anaknya itu... 

 " Suka hati kamulah Qiqi... Nanti umi suruh walid kamu carikan isteri untuk kamu!" kata Datin Syaza lalu duduk di birai katil anaknya selepas mengutip baju-baju kotor di lantai bilik. Tengku Rifzqi Aryan menggelengkan kepalanya berkali-kali ketika mendengar kata-kata uminya. Tidak boleh jadi jika umi menyuruh walid mencari calon isteri untuknya... Pasti walid mencari yang 'masjed' punya!

 " Tak nak!!!" jerit Tengku Rifzqi Aryan di dalam selimut. Datin Syaza tertawa kecil melihat reaksi anakanya itu.

 " Kalau kamu tak nak baik kamu dengar cakap umi... Walid suruh kamu datang office esok kalau tak..." Datin Syaza sengaja tidak menyambung ayatnya kerana ingat melihat reaksi Tengku Rifzqi Aryan.

 " Kalau tak apa?" soal Tengku Rifzqi Aryan. Selimut sudah tidak membaluti tubuh sasanya.

 " Kalau tak... Kamu kena kahwin dengan pilihan hati umi dan walid!" kata Datin Syaza tersengih-sengih. Wajah Tengku Rifzqi Aryan pucat mendengar kata-kata uminya. Dia bangkit dari baringannya dan mengambil tuala di dalam closetnya lalu masuk ke dalam kamar mandi. Sesaat kemudian kedengaran pancutan air dari dalam kamar mandi. Datin Syaza tersengih-sengih melihat perangai satu-satunya anak lelaki tunggalnya.


 Tengku Rifzai Aryan hanya memandang Aina Qalisyah yang khusyuk memilih dress-dress di sebuah butik. Malas ingin membalas kata-kata kekasih hatinya itu... Boleh tahan mahal juga dress dan tas tangan yang dipilih Aina Qalisyah. Jika uminya tahu pasti dia dibebel tiga hari dua malam.

 " You... Cantik tak dress ni?" soal Aina Qalisyah gedik. Tengku Rifzqi Aryan hanya mengangguk sahaja. Aina Qalisyah yang perasan wajah muram Tengku Rifzqi Aryan terus membisikkan sesutau di telinga kekasihnya itu.

 " Betul ni?" tanya Tengku Rifzqi Aryan ragu-ragu.

 " Yeah... After you paid all those dress we can book a room at Holiday Inn..." bisik Aina Qalisyah nakal lalu mencium leher Tengku Rifzqi Aryan. Tengku Rifzai Aryan tersenyum nakal pada Aina Qalisyah. Gadis seperti Aina Qalisyah terdapat di dalam senarai gadis idamannya.

  Selepas mereka membuat bayaran di kaunter butik tersebut mereka menuju ke 'destinasi' yang mereka inginkan. Hati Tengku Rifzqi Aryan melonjak kegembiraan mendengar tawaran Aina Qalisyah. Aina Qalisyah pula sedang memikirkan stratergi untuk memerangkap Tengku Rifzqi Aryan.

Lupakah mereka? Ketika lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersaam pasti ada yang ketiga... Siapa lagi kalau bukan iblis!


 " Assalamualaikum..." jerit Datin Syza sambil menekan berkali-kali loceng. Terkocoh-kocoh Mak Mah membuka pintu rumah 4 tingkat itu...

 " Waalaikumussalam... Masuk Datin! Sekajap ya saya panggilkan Puan Dahlia..." pinta Mak Mah. Datin Syaza mengangguk menandakan membenarkan Mak Mah memanggil emak mertuanya.


 Perbualan Adelia Zanysha dan Puan Dahlia terhenti apabila Mak Mah memberitahu mereka Puan Dahlia mempunyai tetamu. Puan Dahlia segera membuka langkah ke ruang tamu villanya manakala Adelia Zanysha mengikut Mak Mah ke dapur. 

 " Assalamualaikum umi!" tegur Datin Syaza lalu bersalaman dengan Mak mertuanya. Salam Datin Syaza dijawab di dalam hati.

 " Ada apa Syaza datang?" tanya Puan Dahlia. Pelik juga melihat menantunya tiba-tiba datang ke villanya.

 " Bukankah umi nak ajar Syaza bagaimana nak buat kek pelangi hari ni?" soal Datin Syaza pula. Soalan dibalas dengan soalan juga...

 " Umi lupa pulak... Nasib baik umi dah beli bahan-bahannya..." kata Puan Dahlia terhenti apabila Adelia Zanysha datang bersama sedulang air. Datin Syaza terpesona dengan kecantikan gadis dihadapannya.

 " Jemput minum..." ajak Adelia Zanysha ramah. 

 " Terima kasih, Adelia. Marilah berbual dengan kami... Sekjap lagi kita orang nak buat kek..." ajak Puan Dahlia bersungguh-sungguh.

 " Tak apalah umi... Adelia ada hal sikit dengan klinik Adelia..." tolak Adelia Zanysha perlahan. Adelia Zanysha mulai memanggil Puan Dahlia dengan panggilan 'umi' kerana Puan Dahlia sendiri yang memintanya. Segan pula ingin duduk bersama dengan tetamu Puan Dahlia. Lagipun kliniknya itu sedang mengalami sedikit masalah.

 " Kalau macam tu tak apalah... Adelia nak naik apa nanti?" Baru dia teringat Adelia Zanysha tidak mempunyai kereta.

 " Adelia call teksi nanti..." jawab Adelia Zanysha lembut.

 " Ambillah mana-mana kunci kereta... Umi tak kesah pun..." arah Puan Dahlia. Adelia Znayhsa hanya mengangguk mendengar arahan Puan Dahlia. Malas pula ingin menolak arahan Puan Dahlia lagipun ada tetamu dihadapnnya.


 " Umi, siapa gadis tadi tu?" soal Datin Syaza ketika mereka berdua di dapur.

 " Berminat untuk dijadikan menantu ke?" usik Puan Dahlia. Datin Syaza ketawa kecil mendengar usikan mertuanya.

 " Nama dia Adelia Zanysha. Dia kerja sebagai doktor di klinik dia sendiri. Umur pun dah 25 tahun. Kenapa?" Puan Dahlia hanya memberitahu maklumat asas tentang Adelia Zanysha.

 ' Umur pun dekat-dekat dengan Rifzqi. Manis saja orangnya... Harap budinya pun manis juga!' kata Datin Syaza di dalam hati.

 " Kalau dibuat menantu pun bagis juga!" ujar Puan Dahlia tiba-tiba. Datin Syaza terkedu mendengar ujaran Puan Dahlia.

 " Aikkk? Betul ke apa umi cakap?" soal Puan Dahlia. 

 " Bolehlah, umi. Tak pernah nampak gadis secantik Adelia tu... Kalau dipadankan dengan Rifzqi mesti secocok!" kata Datin Syaza.

 " Hrmmm... Betul tu... Tapi kalau kita cuba kahwinkan dia orang mesti Rifzqi tak nak sebab Adelia tu kan bukan taste dia " kata Puan Dahlia. Datin Syaza menganggukkan kepalanya. Ada benar juga kata mak mertuanya itu.


*************
 " Buddy! Lama gila aku tak nampak batang hidung kau! So hows life?!" tanya Mimi pada sahabatnya. Adelia Zanysha ketawa mendengar kata-kata sahabatnya itu.

 " Tak ada hilang mana! Still at Melaka kut. So apa masalah klinik ni?" soal Adelia Zanysha serius lalu mengambil tempat di hadapan Mimi. Ketika itu mereka berada di dalam bilik rawatan.

 " Pembekal ubat dah tak bagi kita ubat... And one more thing kita dah tak ada pembantu klinik. Seriously, stok-stok ubat kita semua dah nak habis! Nanti aku bagi kau list ubat apa yang dah habis stok. Aku tak boleh nak sound dia orang lebih-lebih sebab aku ni just pekerja di klinik ni saja." terang Mimi. Adelia Zanysha hanya mengangguk sahaja.

 " By the way, kita kena cari pembantu klinik secepat mungkin. Nasib baik anak sedara aku tu jadi pembantu klinik kau buat semntara waktu. Kalau tak boleh patah bahu aku ni" ujar Mimi.

 " Aku akan usahakan! Sorilah kalau aku menyusahkan kau... Kalau kau nak balik sekarang aku tak kesah biar aku aje yang jaga klinik ni. Aku tahu kau penat" kata Adelia Zanysha. Serba-salah pula apabila menyusahkan sahabat baiknya itu.

 " Kita kan kawan baik. Remember? Eloklah kalau kau dah bagi aku kebenaran untuk balik sekarang. Mengantuk gila sekarang ni!" Dengan selambanya Mimi menguap besar di hadapan Adelia Zanysha. Adelia Zanysha hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai selmba sahabat baiknya itu.


 Tengku Rifzqi Aryan mengusap perutnya. Dari petang tadi perutnya memulas. Entah apa yang menyebabkan dia sakit perut pun dia tak tahu. Sudah masuk 10 kali dia masuk tandas. Terpaksalah dia pergi ke klinik berhampiran dengan rumahnya memandangkan sakit perutnya masih belum pulih. Jam di dinding dipandang. Baru pukul 9 malam tetapi umi dan walid belum pulang lagi.  Entah masih buka ke tidak klinik yang berhampiran di rumahnya. Kunci kereta dicapai. Audi R1diberhentikan di hadapan sebuah klinik. 

 ' Nasib baik klinik ni masih buka lagi' kata Tengku Rifzqi Aryan di dalam hati.

 Tengku Rifzqi Aryan mendaftarkan namanya di kaunter klinik tersebut. Hanya dia seorang sahaja di klinik tersebut. Selang beberapa minit...

 " Tengku Rifzqi Aryan" jerit pembantu klinik itu. Tengku Rifzqi Aryan pun masuk ke dalam bilik rawatan. Kelihatan seorang doktor perempuan.

 " Sila diri atas penimbang berat ni. Nak tahu berat" arah pembantu klinik tersebut. Tengku Rifzqi Aryan hanya mengikuti sahaja arahan pembantu klinik tersebut kemudian duduk di kerusi yang disediakan sebelah doktor muda perempuan itu. 

 " Sakit apa?" soal Adelia Zanysha lembut pada pesakitnya.

 " Sakit perut" jawab Tengku Rifzqi Aryan pendek. 

  Adelia Zanysha pun mula mengecek suhu badan dan telinga Tengku Rifzqi Aryan. Tidak dilupkan degupan jantung Tengku Rifzqi Aryan. Segalanya dilakukan dengan cekap dan dicatit pada sehelai kertas. Tengku Rifzqi Aryan memandang Adelia Zanysha menyuruh Tengku Rifzqi Aryan baring di katil yang disediakan di dalam bilik rawatan tersebut. Adelia Zanysha mula melakukan tugasnya.

 " Tunggu di luar ya" ujar Adelia Zanysha. Tengku Rifzqi Aryan hanya mengangguk sahaja. Boleh tahan cantik juga doktor yang merawatnya.

 " Tengku Rifzqi Aryan" jerit pembantu klinik itu sekali lagi. Tengku Rifzqi Aryan menghampiri kaunter. Setelah pembantu klinik itu menerangkan ubat-ubat yang perlu diambil lalu membayar. Sebelum dia beredar dari situ, sempat lagi dia bertanya pada pembantu klinik itu.

 " Sapa nama doktor tu?"

 " Doktor Adelia Zanysha" jawab pembantu klinik. Tengku Rifzqi Aryan tersenyum mendengar jawapan pembantu klinik itu.

 'Nama secantik orangnya' getus hati Tengku Rifzqi Aryan.


P/s: Moga terhubur! Jgn lupa komen! Sori klu ada typo!

Tuesday, 12 February 2013

Setulus Kasihku bab 3

 " Mak Cik Dahlia ada berapa cucu?" soal Adelia Zanysha ketika dia dan Puan Dahlia sedang mengemas kebun di belakan villa Qaseh.

 " Mak cik ada 10 orang cucu... 4 lelaki 6 perempuan" jawab Puan Dahlia.
Adelia Zanysha hanya mengangguk tanda mengerti.

 " Adelia tinggal dengan siapa sebenarnya?" soal Puan Dahlia lalu mengambil tempat di bangku yang berada di kebunnya. Tidak ketinggalan Adelia Zanysha. Dia  terkedu mendengar soalan yang tidah pernah dijangka akan ditanya oleh Puan Dahlia. 

 " Adelia tinggal dengan mak long Adelia. Dari Adelia bayi lagi dia jaga Adelia.
Dia  meninggal dunia masa Adelia tahun kedua kedua dekat Notts. Dia..." Adelia Zanysha tidak sanggup memberitahu sebab uminya meninggal dunia. Air matanya bergenang di tubir mata. 

 " Kalau Adelia tak sanggupa ceritakan tak apalah... Mak Adelia tinggal dekat mana? Adelia tak ada adik beradik lain ke?" soal Puan Dahlia. 

 " Tinggal dekat Ayer keroh, Taman Tasik Utama. Adelia da sorang kakak aje. Dia kembar Adelia."

 " Kenapa arwah umi Adelia yang jaga Adelia sejak bayi lagi?" tanya Mak Cik Dahlia hairan. Adelia Zanysha terkelu mendengar soalan Puan Dahlia.

 " Sebab dia benci sangat dengan anak tak guna ni..." gumam Adelia Zanysha namun gumaman itu masih dapat didengari oleh Puan Dahlia. Pasti ada perkara yang sedang Adelia Zanysha rahsiakan... 

 Tiba-tiba fikiran Adelia Zanysha teringat  peristiwa yang berlaku ketika dia berusia 8 tahun...

 " Mama... Mama... Boleh tak buatkan Adelia air sirap?" tanya Adelia Zanysha lembut pada mama kandungnya. Puan Zurin berasa rimas dengan panggilan yang dipanggil oleh Adelia Zanysha. Dengan bengisnya dia berkata...

 " Sapa mama kau?! Kau bukan anak aku!!! Kau faham tak? Hidup tahu menyusahkan aku dengan keluarga aku!"

 Bibir Adelia Zanysha dicebikkan seperti ingin menangis sahaja. Burukkah dia dihadapan mama dan kakak kembarnya? Adakah dia memang betul-betul menyusahkan hidup mamanya? 

 " Menangis! Menangis! Kau ingat aku ada masa nak pujuk kau?! Menangislah!" tengking Puan Zurin lalu menarik telinga Adelia Zanysha. Nurin yang baru balik dari menemui seseorang terus menuju ke dapur rumah mamanya untuk memastikan apa yang berlaku... Kelihatan adiknya sedang memarahi anak kesayangannya.

 " Apa kau buat ni, dik? Kau sedar tak apa kau cakap tu?! Seburuk-buruk dia syurga dia masih terletak dekat tapak kaki kau! Kau ingat sikit, dik! Dia yang kau benci sangat nilah yang duduk dalam rahim kau 9 bulan! Kau sedar tak apa kau cakap?" tengking Nurin pada adiknya, Zurin. Adelia Zanysha terus menyorok di belakang uminya. Dia berasa amat takut dengan situasi yang dihadapinya.

 " Aku memang sedar masa aku cakap perekataan tu dekat budak malang ni! Kau nak back up dia apahal? Ke dulu kau pernah jatuh hati dekat bapak budak ni dan sebab tu kau jaga budak ni dengan penuh kasih sayang?" kata Zurin sinis. Nurin mengucap mendengar kata-kata adiknya itu.

 " Kau tahu tak fitnah tu antara dosa besar! Aku dah malas nak nasihatkan kau" ujar Nurin lalu memimpin tangan comel Adelia Zanysha menuju ke kamar tidur mereka.


 " Umi, kenapa mama benci sangat dengan Nysha? Kenapa dia cakap Nysha menyusahkan umi? Maafkan Nysha kalau Nysha menyusahkan umi... Nysha tak ada niat untuk menyusahkan umi" soal Adelia Zanysha petah walaupun usianya baru sahaja menginjak 8 tahun. Nurin terkedu mendengar soalan yang terpancul dari mulut comel anaknya. Sesaat kemudian terdengar Adelia Zanysha menangis tersedu sedan di atas katil. Nurin terus menghampiri anaknya yang sedang duduk di atas katil. Dia memeluk kejap tubuh montel Adelia Zanysha.

 " Dengar sini, Nysha... Nysha jangan benci mama... Dia cuma lakukan kesilapan dalam hidup dia sahaja... Suatu hari nanti Nysha akan faham. Nysha tak pernah menyusahkan umi, tok ma, tok pa dan semua ahli keluarga kita. Ingat tu, Nysha! Umi takkan berhenti sayang , Nysha. Umi sayang anak umi ni sangat-sangat!" kata Nurin panjang lebar pada satu-satunya anaknya lalu memeluk tubuh montel Adelia Zanysha.

 
 " DAH nak balik ke, Nurin? Tinggallah lama-lama sikit... Kamu tak kesian ke dekat mama ni?" soal Puan Alya sebaik sahaja melihat anak dan cucunya menuruni tangga dari tingkat atas dengan bagasi besar.

 " Ya, mama. Kalau tinggal kat rumah ni lagi menyakitkan hati Nysha sahaja. Kesian dia... Kami gerak dululah ya, mama." kata Nurin. Zurin pula berasa bengang apabila disindir kakaknya. Tanpa disuruh, Adelia menyalami
tangan tok ma dan tok pa. Tidak dilupakan saudara kembarnya dan mamanya. Ketika menyalami saudara kembarnya, dia ditolak kasar sehingga jatuh. Nurin berasa amat terkejut dengan tindakan anak buah sulungnya, Aina Qalisyah. Dia terus meluru ke arah Adelia Zanysha. 

 " Nysha, ok tak?" soal Nurin prihatin pada anaknya. Adelia Zanysha hanya mengangguk sahaja lalu berdiri. Wajah kembarnya dipandang tajam! 

 ' Kenapalah diorang n benci sangat dengan aku?' soal Adelia Zanysha di dalam hati.

 " I'm sorry..." kata Aina Qalisyah tidak ikhlas. Jangan haraplah dia ingin meminta maaf pada kembarnya itu tapi apabila melihat renungan tajam mamanya terus dia meminta maaf pada kembarnya itu. Kata maaf Aina Qalisyah dibalas jelingan tajam Adelia Zanysha.

 Setelah bersalaman dengan semua ahli keluarganya mereka terus memasukkan bagasi ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta Nurin mengundur sambil itu ahli keluarganya melambai-lambai tangan kepada Nurin dan Adelia Zanysha.


 PUAN DAHLIA melambai-lambaikan tangannya di hadapan Adelia Zanysha. Lamunan Adelia Zanysha mati kerana mendengar petikan jari Puan Dahlia.

 " Adelia kerja apa?" soal Puan Dahlia ringkas sambil memandang kebun bunga villanya. Terasa nyaman udara di kebun bunganya.

 " Doktor dekat klinik arwah umi Adelia" jawab Adelia Zanysha pendek. 

 " Nama arwah umi Adelia apa? Dekat mana ya klinik tu?" tanya Puan Dahlia lagi.

 " Nama arwah umi, Nurin. Klinik tu dekat Ayer Keroh"  Puan Dahlia tersentak mendengar jawapan Adelia Zanysha. Dia tidak sama sekali menyangka Adelia Zanysha merupakan anak angkat kawan baiknya, Nurin. Rupa-rupanya inilah Adelia Zanysha yang dijaga oleh arwah Nurin. Dia hanya pernah melihat gambar anak angkat Arwah Nurin di dalam gambar sahaja. Berjumpa bertentang mata sama sekali tidak pernah. Arwah Nurin pernah menjadi doktor peribadi keluarganya. Kematian Nurin amat menyayat hati. Dia dirogol dan dibakar di sebuah ladang kelapa sawit. Memang patutlah Adelia Zanysa tidak sanggup menceritakan bagaiman arwah uminya meninggal dunia. Dia juga hampir pengsan apabila mendengar berita itu.

 Perbualan mereka terhenti apabila Mak Mah memanggil mereka untuk makan tengah hari.


 "YOU, jom pergi MP... I nak shopping dengan you..." kata Aina Qalisyah dengan nada manja. Tengku Rifzqi Aryan berasa rimas pula apabila mendengar kata-kata manja Aina Qalisyah. Dia baru sahaja ingin keluar dengan sahabat-sahabatnya tapi Aina Qalisyah sudah menggedik ingin bershopping dengannya.

 " Tak bolehlah, Aina. I ada meeting dengan kawan-kawan I. Lain kali ea?" pujuk Tengku Rifzqi Aryan lembut.

 " Alaaa... Mana boleh macam ni?! You sanggup tak temankan I shopping semata-mata nak jumpa dengan kawan-kawan you! Sampai hati you Rifzqi!" pekik Aina Qalisyah di sebelah talian.

 " Suka hati I lah nak keluar dengan sesapa pun! Yang you nak menyibuk tu kenapa? You tu isteri I ke? Tak kan?" balas Tengku Rifzqi Aryan kasar lalu mematikan talian. Ego lelakinya tercabar apabila Aina Qalisyah memekik padanya. Geram pula demgan perangai gedik Aina Qalisyah. 

 ' Baik aku layan cerita House ni... Lagi best dari melayan dia!' kata Tengku Rifzqi Aryan bersendirian. 


 " KENAPA ni, Aina?" tegur Puan Zurin. Pelik juga melihat muka Aina yang monyok setelah bercakap dengan sessorang di dalam telefon.

 " Rifzqi ni ... Dia tak nak temankan Aina shopping... Geramnya!" jawab Aina Qalisyah geram. Wajah Puan Zurin tercengang-cengang mendengar jawapan  Aina Qalisyah. 

 ' Apa anak aku merepek ni? Sapa pulak Rifzqi ni?' soal Puan Zurin di dalam hati. Aina Qalisyah yang perasan wajah tercengang-cengang mamanya terus menjelaskan perkara yang sebenar.

 " Takkan mama tak kenal Rifzqi? Anak Datin Syaza dengan Tan Sri tengu Amsyar... Alaaa yang masa tu kita pergi party dia orang tu kat Hotel Holiday Inn. Remember?" soal Aina Qalisyah.

 " Ooo... Baru mama ingat! Aina kena tawan hati dia! Kalau boleh kahwin dengan dia... Boleh kita merasa harta dia! Lepas Aina kikis harta dia... Tinggal kan dia!" kata Puan Zurin jahat. Mereka berdua telah merancanakan sesuatu di dalam kepala otak mereka. Mereka berdua ketawa jahat lalu memberitahu rancangan mereka.


  PUAN ZURIN leka memilih bahan dapur di pasar raya JUSCO Aeon Melaka. Puan Zurin sedang memilih sabun pencuci yang perlu dibeli. Selalunya dia menggunakan sabun pencuci Downy tapi hari ini dia ingin menukar sabun pencuci. Dia terus mencapai sebotol besar sabun setelah memikirkan sabun pencuci mana yang ingin digunakan. Pada waktu yang sama sepasang tangan juga mencapai botol sabun yang dipegang Puan Zurin. Dia pun terus melihat wajah pemilik sepasang tangan itu. Dia terpaku melihat wajah pemilik sepasang tangan itu. Mereka berdua terpaku. 

 " Zurin..." 

 " Aiman?" Dia tidak sangka dia akan berjumpa dengan suami yang telah dia tinggalkan pada 26 tahun lepas. 

 " Its been a long time we never meet each other! So hows my children? Adelia sihat? Mesti awak dah gembirakan atas apa yang awak lakukan pada saya!" sindir Tan Sri Aiman geram. Puan Zurin terkedu mendengar kata-kata suaminya. Bagaimana suaminya tahu dia mempunyai anak? Bagaimana pula suaminya itu mengetahui tentang Adelia? Tentang anak yang dibencinya... Pelbagai persoalan muncul di mindanya.

 " Yeah! Memang betul-betul lama... So awak ada berapa anak dengan Julia? Hrmmm... Tak tanya pasal Aina ke? Adelia dah 2 minggu tak balik rumah... " 

 " Ooo... Agaknya Adelia dah tak tahan tinggal dengan awak kot. Mana taknya... Awak asyik tengking dia aje" sindir Tan Sri Aiman. Walaupun dia sudah lama tidak menjumpai anak bongsunya tapi dia tahu isterinya itu membenci anak bongsunya kerana wajah anaknya itu amat mirip dengan wajahnya. 

 Wajah Puan Zurin kemerah-merahan mendengar sindiran suaminya itu. Tersentap sebenarnya!

 " Sentap ke?" sindir Tan Sri Aiman lagi.  Puan Zurin terus meninggalkan tempat itu kerana tidak tahan dengan sindiran suaminya. Tan Sri Aiman hanya tersenyum sinis sambil mengiringi langkah Puan Zurin. Nampaknya dia perlu menyuruh orang bawahannya untuk mencari maklumat tentang anak-anaknya. Satu keluhan kecil terbit di mulutnya. 


 " Lia perasan tak muka Adelia ada iras-iras muka Aiman? Dengan cara dia berjalan semua..." soal Tan Sri Tengku Aliff ketika mereka berada di kamar tidur mereka. Puan Dahlia yang sedang leka menyapu bedak sejuk di mukanya di hadapan meja solek terus memandang suaminya.

 " Ada sikit-sikit. Tapi muka dia bukan iras-iras lagi dah. Memang betul-betul mirip dengan wajah Aiman tu" jawab Puan Dahlia lalu baring di sebelah suaminya yang sedang leka membaca majalah tentang kesihatan. Tan Sri Tengku Aliff mengangguk mendengar jawapan Puan Dahlia. Ada benar juga kata-kata isterinya itu.

 " Awak perasan tak nama Adelia berbintikan Aiman. Mungkin Aiman tu ayah dia atau itu secara kebetulan sahaja." Tan Sri Tengku Aliff meluahkan pendapatnya. 

 " Sejak Lia kenal Adelia lagi Lia dah perasan tapi Lia buat tak tahu aje. Lagipun Adelia dulu tinggal dengan mak long dia. Awak tahu tak mak long dia sapa?" 

 Tan Sri Tengku Aliff menggelengkan kepalanya Sambil merenung wajah ayu isterinya.

 " Awak ingat lagi tak arwah Nurin? Yang pernah jadi private doctor family kita..." 

 " Ingatlah... Betul ke Nurin tu mak long Adelia?" tanya Tan Sri Tengku Aliff. Dia seakan-akan tidak percaya dengan berita yang bari dia ketahui.

 " Iya... Kesian dia kan... Tapikan bang kalau Rifzqi kahwin dengan Adelia mesti secocok kan?" soal Puan Dahlia lagi sambil tersengih-sengih memikirkan rancangannya. Tan Sri Tengku Aliff menggelengkan kepalanya mendengar soalan isterinya itu... Ada-ada saja isterinya itu.


 Adelia Zanysha mundar-mandir di dalam kamar tidurnya. Jam di dinding direnungnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Selagi dia tidak menelefon pacarnya selagi itulah hatinya tidak akan tenteram. Tiba-tiba iphone di tangannya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.

 ' Mana u pergi Adelia? Penat i cari u!'- Fiz

 Pantas saja jemari Adelia Zanysha menekan keypad Iphonenya.

 ' Tak ada pergi mana-mana! Still at Malaysia. We need to meet tmrw at Taman Bunga... 10.30 am!'- Adelia Zanysha

 Hafizah tercengang-cengang membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Adelia. Hatinya sudah tidak sedap dan mula tertanya-tanya mengapakah Adelia ingin berjumpa dengannya? 

 ' Why?'- Fiz

 Adelia Zanysha hanya membiarkan pesanan ringkas itu. Malas untuk menjawab sebenarnya. Kalau dijawab pasti lebih banyak soalan yang akan ditanya oleh Hafizah. Adelia Zanysha memandang bintang-bintang dan bulan di ruang angkasa. Berharap suatu hari nanti hadir kebahagian hakiki di dalam hidupnya.


P/s: hope u guys love it! Sori klu ada typo!

Monday, 11 February 2013

Setulus Kasihku bab 2

 Usai Adelia Zanysha menunaikan solatnya dia terus mencari mak cik yang telah menghantarnya ke masjid itu. Hatinya tidak pernah berasa tenang seperti ini. Mujurlah dia masih ingat lagi cara- cara mengerjakan solat dan bacaan-bacaan di dalam solat. Seingatnya kali terakhir dia melakukan tuntutannya terhadap ilahi ialah 8 tahun lepas. Itupun hanya di sekolah sahaja dan melakukannya dalam keadaan keterpaksaan.

  " Assalamualaikum mak cik" tegur AdelIa Zanysha. Mak cik itu sedang leka memandang awan gelap di beranda Masjid Selat Melaka.

  " Waalaikumussalam. Nama anak siapa?" soal mak cik itu lembut lalu memandang raut wajah dihadapannya. 

  " Nur Adelia Zanysha. Nama mak cik pula?" soal Adelia Zanysha pula.

  " Panggil mak cik Dahlia. Adelia buat apa tadi dekat jambatan tu?"

  " Melepaskan geram. Mak cik ingat saya nak bunuh diri ke?" soal Adelia Zansyha dengan nada gurauan. Dia tertawa kecil mendengar soalannya sendiri. Puan Dahlia tersengih mendengar soalan Adelia Zanysha. Memang betul anggapan Adelia Zanysha.

  " Tak adalah. Adelia tinggal dekat mana? Mak cik boleh tolong hantarkan. Lagipun dah malam sangat ni" ujar Puan Dahlia.

  ' Aku malaslah nak balik nanti macam-macam jadi. Aku tidur kat hotel jelah' kata Adelia Zanysha pada dirinya sendiri di dalam hati. Sakit di dalam hatinya masih berbekas lagi.

  " Mak cik hantar jelah saya ke Mahkota Hotel." jawab Adelia Zanysha. Puan Dahlia mengerutkan keningnya apabila mendengar jawapan Adelia Zanysha.

  " Rumah Adelia dekat mana? Kenapa perlu tinggal di hotel?" soal Mak cik Dahlia bertubi-tubi. Manlah tahu gadis dihadapannya ini melarikan diri dari rumah...

  " Gaduh dengan kakak" jawab Adelia Zanysha pendek. Betul apa dia bergaduh dengan kakak dia! Mak cik Dahlia mengangguk.

  " Adelia tumpanglah rumah mak cik. Mak cik memang tak kesah." pelawa Puan Dahlia. 

  " Tak apalah, mak cik. Saya baru kenal mak cik" tolak Adelia Zanysha lembut. Dia tidak mahu berhutang budi dengan orang yang baru dia kenali. Puan Dahlia tidak henti-henti memujuk Adelia Zanysha untuk menumpang di rumahnya. Dia berasa bosan di villanya. Tiada apa yang boleh dilakukan di villanya selain membersihkan kebun bunganya. Semuanya sudah diselesaikan oleh orang gajinya jika ada Adelia Zanysha bolehlah ada peneman di rumahnya. Adelia Zanysha akhirnya bersetuju untuk tinggal di rumah Puan Dahlia. Kesian pula apabila melihat Puan Dahlia asyik mempelawanya.

  
 " Astaghfirullahalazim" Tan Sri Aiman mengucap panjang. Sungguh tidak disangka-sangka olehnya dia akan mimpi tentang keluarganya yang sudah lama dia tinggalkan. Tiba-tiba hatinya berasa tidak tenteram apabila memikirkan maksud mimpinya. Tiba-tiba ingatannya terimbau pada kejadian yang berlaku 23 tahun lepas...

 Aiman sedang leka mengecek kembali kerja yang telah disiapkan oleh pekerja bawahannya. Tinggal untuk tandatangan sahaja. Tiba-tiba pintu pejabatnya ditolak. Terpancul wajah seorang perempuan gedik di hadapannya. Aiman hanya buat tidak endah sahaja malas untuk bertekak dengan bekas tunangnya.

  " Kenapa dengan you ni, Aiman? I datang you buat muka toyo aje. Dont you miss me?" rengek Julia manja. Aiman hanya berdiam diri aje mendengar rengekan manja perempuan gedik dihadapannya. Perlakuan Aiman yang hanya buat tidak tahu sahaja telah membuatkan hati Julia geram. Perempuan gedik itu terus mengahmpiri kerusi yang diduki Aiman. Dengan manjanya dia mengelus dada bidang Aiman. Tidak sempat Aiman mengelak tiba-tiba pintu pejabatnya ditolak. Mata Zurin terbeliak meandang adegan dihadapannya. Ternyata benar suaminya mencurangi dirinya. Dia masih boleh maafkan suaminya tentang gambar yang telah diterima olehnya beberapa hari lepas. Pada pendapatnya mungkin gambar itu diedit tetapi sangkaannya meleset... Baru sahaja dia ingin memberitahu suaminya tentang berita gembira.

  " Sampai hati abang buat Zurin macam ni? Apa salah Zurin abang?" tanya Zurin dalam esak tangisnya. Aiman tergamam mendengar kata-kata isteinya. Sungguh dia berasa bingung dengan situasi yang sedang dihadapinya. Sudahlah pelbagai masalah dialami oleh syarikatnya ini pula lagi satu masalah bertambah. Sudah jatuh tapi ditimpa tangga pulak...

  " Sayang... I can explain about this! Ini semua salah faham aje... Please hear!"ujar Aiman dengan suara tertahan-tahan. Tidak pasti sama ada menahan marah atau sedih dan kecewa. Perempuan gedik itu hanya memandang drama dihadapannya. Tersinggung satau senyuman sinis bercampur jahat.

 " Apa yang perlu diexplainkan? Saya dah agak dah awak curang dengan saya! Tapi saya diamkan aje!" jerit Zurin. Mujurlah pintu bilik pejabat itu sudah ditutup dan pejabat itu kendap bunyi. Aiman berasa amat geram nendengar kata-kata isterinya namun dia perlu bijak menangani situasi begini. Karma sudah membalas perbuatannya. 

 " Aku tak tahulah macam mana kau boleh hidup dengan jantan macam ni? Kau sendiri tahu dia ni buaya daratkan? Entah-enta kau dekat dengan dia semata-mata duit aje" kata perempuan gedik itu. Cuba untuk memanaskan situasi yang sudah tersedia panas.

 " Kau diam Julia! Sebelum muka kau hancur aku kerjakan baik kau keluar!" tengking Aiman. Perempuan gedik yang bernama Julia itu hanya buat tidak endah sahaja dengan tengkingan Aiman.

 " Sayang dengar dulu apa abang nak cakap... Please sayang..." ujar Aiman lalu memeluk Zurin dengan kejap sekali namun pelukan itu tidak dibalas.
Tanpa persetujuan Zurin, Aiman terus menceritakan perkara yang berlaku sebenarnya. Zurin hanya buat tidak endah sahaja apabila suaminya menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Hatinya berkecai apabila melihat adegan itu. Senang cerita, tiada lagi cinta untuk suaminya. Dia tidak boleh meminta cerai pada suaminya kerana dia sedang berbadan dua! 

  Zurin sedaya upaya meleraikan pelukan kejap suaminya namun tidak berhasil. Zurin  lari sepantas mungkin setelah dapat meleraikan pelukan yang kejap itu. Aiman berasa amat bingung dengan masalah yang dihadapinya. Dia memandang Julia dengan pandangan yang amat tajam. Dia pasti isterinya ingin memberitahunya sesuatu. Dia yakin tentang itu!

8 bulan kemudian...

 Zurin selamat melahirkan sepasang kembar perempuan. Dia sedang leka menyusukan anak perempuan pertamanya. Sambil menyusukan anak pertamanya dia memandang anak bongsunya. Muka anak bongsunya itu amat mirip dengan wajah suaminya, Aiman. Hidung anaknya itu sederhana mancung, mata bulat berwarna hazel, bibir nipis dan warna kulitnya putih pucat seperti suaminya. 

 " Stay strong with me, Aina!" bisik Zurin pada telinga anak pertamanya. Dia menamakan anak pertamanya, Aina Qalisyah. Mamanya dan kakaknya pula memberi nama untuk anak bongsunya. Perasaan benci meluap-lupa rasa di dalam hati apabila melihat anak bongsunya itu. Tiba-tiba pintu wadnya ditolak perlahan... Kelihatan mamanya dan kakak kembarnya, Nurin membawa sebakul buah bersama.

 " Adik apa khabar? Baby mcam mana? Sihat?" soal adiknya prihatin lalu mengendong anak buahnya yang paling bongsu. Dia menamakan anak bongsu kakaknya, Nur Adelia Zanysha.

' Kasihan sungguh Adelia. Kecil-kecil lagi sudah dibenci oleh mamanya. Semoga Adelia tabah.' doa Nurin di dalam hati. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk menjaga Adelia Zanysha.

 " Sihat... Kakak tak kerja ke hari ni?" soal Zurin sambil merenung wajah ayu kakaknya. Kakaknya seorang balu. Suaminya meninggal dalam sebuah kenalangan ngeri di lebuhraya Karak. Kakaknya tidak mempunyai anak walaupun sudah tiga tahun berkahwin dengan arwah abang iparnya.

 " Aiman tahu pasal baby ni?" soal Nurin dengan nada dingin. Zurin tersentak mendengar soalan kakaknya. Zurin menggeleng perlahan kepalanya.

 " Kau ni nak jadi apa, Zurin? Kau nak jadi isteri derhaka ke? Kau tahu tak apa yang kau buat selama ni pada Aiman tu boleh masukkan kau ke dalam api neraka! Kalau kau dah tak suka dia mintak cerai elok-elok... Kesian anak kau ni... Dari hari tu lagi aku perhatikan aje sikap kau yang tak berapa megah ni... Kenapa kau macam benci sangat dengan anak bongsu kau ni? Apa salah dia kat kau? Aku tahulah muka dia macam ayah dia tapi kau tak patut bencikan dia. Ini semua bukan salah dia. Dia tak tahu apa-apa pun, Zurin. Kalau kau dah benci sangat kat anak kau ni, kau bagi jelah aku! Biar aku yang jaga!" ceramah Nurin panjang lebar. Zurin terkelu seribu bahasa mendengar ceramah kakaknya. Ada benar juga kata-kata kakaknya itu. Mamanya hanya berdiam diri.


 " Kalau kau nak sangat anak aku tu ambiklah! Aku tak kesah pun" kata Zurin selamba. Dia memang tidak kisah jika kakaknya ingin mengambil anak bongsunya itu malah dia lebih suka. Akhirnya, Adelia Zanysha menjadi anak angkat mak longnya sendiri setelah mencapai kata sepakat.

 
 " Apa nak jadi dengan kau ni, Aiman? Sudah-sudahlah tu..." pujuk Aliff, sepupu kepada Aiman. Kasihan melihat sahabatnya itu. Hidup kawannya itu sudah tidak terurus lagi. Dengan jambang, misai dan rambut panjang tidak dicukur dan potong sebijik seperti pengemis di tepi jalan bukan seperti CEO Crystal Holding!

 " Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku. Aku dah cari dia tapi tak jumpa. Kau nak aku cari kat mana lagi, Lyph???" Soal Aiman. Sudah hampir 8 bulan dia mencari isterinya. Keluarga sebelah isterinya pula sudah berpindah. Ke mana dia tidak tahu...

 " Kau tawakal ajelah. Aku tengok badan kau ni kurus aje. Apapun aku akan selalu doa supaya kau jumpa isteri kau! Wish you all the best, Aiman." kata Aliff lalu keluar dari pejabat milik kawannya itu. 

Setulus Kasihku bab 1


  " Aina ... Adelia cepat siap kita nak pergi majlis kawan mama. Anak lelaki dia baru balik dari UK.” Teriak Puan  Zurin dari dalam kamarnya. Sedang bersiap untuk menghadiri majlis kawan persatuannya.

  Aina Qalisyah berlari masuk ke dalam biliknya untuk bersiap. Hanya Adelia Zanysha sahaja di ruang tamu tingkat satu rumahnya. Arahan mamanya dipandang sepi. Puan Zurin hairan apabila melihat Adelia Zanysha masih duduk termenung di ruang tamu.

“ Adelia Zanysha kau tak nak ikut ke? Manalah tahu salah sorang anak mama ni tersangkut dengan anak laki Datin tu ... bertuah mama. Dapat berbesankan dengan kerabat dirajat lagi.” Puan Zurin memasang angan-angannya di dalam hati. Sungguh beruntung dirinya jika dapat berbesankan dengan Datin Syaza dan Tan Sri Tengku Amsyar. Untung-untung dia mendapat tempias kekayaan mereka. Adelia Zanysha berasa jelek mendengar angan-angan mamanya. Mama dan kakak sama saja tahu fikir pasal duit aje, telah Adelia Zanysha.

“ Tak naklah ikut. Buang habis masa aje. Baik keluar dating dengan Fiz.” Ayat terakhir sekali diucap dengan suara yang agak perlahan. Takut mamanya mendengar apa yang dikatakannya tadi namun telinga gajah Puan Zurin dapat menangkap ayat terkhir yang diucapkan oleh anaknya itu.

“ Sampai bila kau nak jadi songsang ni? Kan mama dah suruh kamu break dengan Hafizah kesayangan kamu. Mama bagi kamu last warning kalau kamu tak berpisah lagi dengan Hafizah aka boyfriend kamu tu mama tak akan teragak-agak buang kamu sebagai anak mama.” Marah Puan Zurin sambil merenung Adelia Zanysha dengan pandangan yg amat tajam. Seperti mata pedang!

 Adelia Zanysha berasa sangat jelek mendengar ayat terakhir mamanya. Rasa ingin muntah hijau saja di hadapan mamanya. Bukankah sejak dia bayi lagi dia sudah dibuang oleh mamanya? Kenapa baru sekarang mamanya ingin melakukan tanggungjawab sebagai seorang ibu? 

 Bukannya dia tidak tahu fitrah Adelia Zanysha itu. Anaknya yang paling dibencinya itu suka COUPLE dengan kaumnya sendiri apabila ditanya kenapa pasti dia akan menjawab ‘ Lelaki tak boleh dipercayai.’ Tapi bukankah ayahnya juga lelaki... Adelia Zanysha menjadi lesbian semenjak usianya 15 tahun. Mungkin Adelia Zanysha kurang kasih sayang ibu bapa. Dia tidak pernah merasai kasih sayang mama dan papanya. Tiba-tiba ingatan Puan Zurin terimbau pada perkara lalu. Kerana perlakuan songsang anaknya itu dia mendapat malu!


10 tahun lalu....

 Puan Zurin dan Mak Nab sedang berbual-bual sambil memasak juadah tengah hari. Tiba-tiba telefon Puan Zurin berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tanpa mengesyak apa-apa dia terus menyambut panggilan itu.

 " Assalamualaikum. Ni siapa?" soal Puan Zurin pelik kerana nombor yang menelefonnya memang tidak dikenalinya.

 " Kami dari SMK ********. Kami minta Puan segera datang ke sekolah untuk berbincang tentang masalah Adelia Zanysha." kata guru kaunselor sambil memandang dua orang pelajarnya dengan pandangan sepi.

  " Baiklah." putus Puan Zurin. Dadanya berdegup kencang apabila memikirkan masalah anaknya itu. ' Tak habis-habis nak menyusahkan aku! Entah apalah dia buat kat sekolah tu!' omel Puan Zurin bersendirian. Mujurlah esok hari kakaknya kan pulang dari outstation. Tidak tahan dia melayan kerenah anak yang dibencinya itu. Mak Nab hanya memerhati saja majikannya. Apakah yang sedang berlaku? Soal Mak Nab dalam hati. Janganlah Adelia Zanysha yang buat hal. YaAllah kau selamatkanlah Adelia itu dari bancana, doa Mak Nab dalam hati.

  " Mak Nab, saya ada hal sikit." kata Puan Zurin kepada Mak Nab lalu meninggalkan dapur itu dengan perasaan geram membuak-buak di dadanya. Mak Nab hanya mengangguk sahaja sambil memandang majikannya berlalu pergi dengan pandang kasihkan. Kasihan kerana Adelia Zanysha tidak pernah merasakan kasih sayang mama dan papa kandungnya. Mujurlah mak longnya ingin menjaganya.

   
  " Kamu pernah bercium dengan Adel?" soal Puan Dania serius lalu merenung dua orang pelajar di hadapnnya. Adelia Zanysha hanya menunduk sahaja. Tidak berani untuk bertentang mata dengan guru dihadapannya ini. Hafizah dengan yakim menjawab " Tidak, Puan Dania!"

   " Kamu jangan nak tipu!" sergah Puan Dania garang. Siapa tak kenal Adelia Zanysha. Nama anak muridnya itu popular di sekolah dengan kesalahan tidak membuat kerja sekolah tapi anak muridnya itu sangat bijak! Seingatnya Adelia Zanysha merupakan salah seorang pelajar cemerlang dalam negeri Melaka pada tiga tahun lepas.

   " Betul cikgu." Hafizah sedaya upaya menafikan tuduhan itu. Adelia Zanysha yang berada di sebelahnya hanya diam membatu. Mana tidaknya ... tiba-tiba Adelia Zanysha yang sedang sibuk menelaah pelajaran di perpustakaan dipanggil berjumpa dengan Puan Dania di bilik kaunseling.

   " Bagaiman kamu berdua boleh berkenalan?" soal Puan Dania serius sambil merenung Adelia Zanysha.

   " Dia pernah selamatkan saya dari senior yang nak buli saya" jawab Adelia Zanysha tiba-tiba. Dia sudah tidak tahan dengan soalan-soalan yang ditanya oleh guru disiplin sekolahnya, Puan Dania. Dia ingin perbualan ini dihabiskan secepat mungkin. Puan Dania hanya mengangguk mendengar jawapan Adelia Zanysha. Hafizah tersenyum mendengar jawapan kekasih hatinya. Akhirnya Adelia Zanysha bersuara!

   " Kamu berdua couple?" soal Puan Dania lagi. Hafizah dan Adelia Zanysha tersentak mendengar soalan Puan Dania. Muka Adelia Zanysha pucat mendengar soalan itu. 

   " Tak!" nafi Hafizah. Adelia Zanysha menggelengkan kepalanya. Rasa ingin manangis sahaja sekarang.

   " Kamu pasti? Cikgu tak suka  orang menipu cikgu!" Puan Dania memberi amaran. Hafizah dan Adelia Zanysha mengangguk dengan penuh yakin!

   " Apa maksud gambar ni?" soal Puan Dania lalu menunjukkan sekeping gambar. Mereka berasa amat terkejut apabila melihat gambar yang dipegang Puan Dania.

  Tiba-tiba pintu bilik kauseling diketuk....

  " Silakan duduk Puan Zurin." pelawa Puan Dania ramah. Puan Zurin mengambil tempat di sebelah Adelia Zanysha. Muka Adelia Zanysha bertambah pucat apabila melihat mama ' kesayangan' duduk disebelahnya. Puan Zurin menjeling tajam pada anaknya. Puan Dania terus menceritakan perkara 'itu' pada Puan Zurin. Muka Puan Zurin merah menyala.

  " Pihak sekolah akan memberi khidmat kauseling kepada Adelia dan Hafizah pada hari Khamis dan Jumaat. Pukul 2.00-4.00 petang. Jangan lupa ya Adelia, Hafiz" ujar Puan Dania serius. Adelia dan Hafizah diminta pulang ke kelas masing-masing. Sebaik sahaja Adelia Zanysha masuk ke dalam rumahnya Puan Zurin sudah bersedia dengan tali pinggang di tangan. Teruk juga Adelia Zanysha dipukul. Aina Qalisyah hanya melihat adiknya dibelasah oleh mamanya. Malah dia boleh lagi memberi jelingan dan senyuman sinis pada Adelia Zanysha. 

  

  " Mama cantik tak dress ni?" soal Aina Qalisyah lalu memusingkan badannya di hadapan mamanya. Pertanyaan itu mematikan lamunan Puan Zurin. Adelia Zanysha memandang kakaknya dengan pandangan sinis.

    ‘ Apa kes akak aku pakai baju ni? Tak ada yang lagi seksi ke?’ kata Adelia Zanysha di dalam hati sambil merenung kakaknya tajam.Terbeliak mata Adelia Zanisyah apabila melihat kakaknya memakai cocktail dress berwarna purple paras betis dan menyerlahkan dada dan bahu kakaknya yang putih melepak itu. Aina Qalisyah menjeling adiknya. ' Jeleslah tu!' kutuk Aina Qalisyah di dalam hati.

“ Aku tahu kau jeles nampak aku pakai baju ni. Kau tu mana tahu pakai baju-baju macam ni.” Kata Aina Qalisayh sinis  lalu memberikan senyuman yang cukup manis pada mamanya. Mamanya tersenyum melihat Aina Qalisyah. Anak sulungnya itu pandai berdandan dan menggoda lelaki bukan seperti Adelia Zanysha yang berperwatakan seperti lelaki.

“ Nysha pergi tukar baju sekrang! I say now! Dah besar-besar pun nak kena bantai lagi ke?!" tengking Puan Zurin. Adelia Zanysha yang sedang leka menonton Hawaii Five O di siaran 701 terus masuk ke dalam biliknya untuk menyalin pakaian. Lagipun dia sudah bertekad untuk tidak melawan kata-kata orang tua dan menghormati mamanya walaupun mamanya amat membencinya. 'Syurga seorang anak terletak di bawah tapak kaki ibu'. Dia hanya memakai t-shirt polo berwarna biru muda dan seluar jeans Giordano. Tidak dilupakan jaket hitam dan topinya.


  Adelia Zanysha yang sedang leka termenung tentang nasibnya terkejut apabila seseorang melanggar bahunya dan dengan tak sengaja air oren yang dipegang Adelia Zanysha tertumpah di dada bidang orang yang melanggarnya. Adelia Zanysha terus mengambil tisu yang ada di meja berdekatan dengan mereka lalu mengelap tuksedo lelaki itu. Sungguh dia berasa sangat panik.

“ Where do you put your eyes? Habis Tuxedo aku ni!” marah Tengku Rifzqi Aryan kepada Adelia Zanysha lalu merenung adelia Zanysha dengan pandangan tajam. Adelia Zanysha berasa sangat marah apabila orang yang melanggarnya memarahinya pula. Padahal salah lelaki itu sendiri.

 ' Comel jugak budak ni? Perempuan ke lelaki ni?' soal Tengku Rifzqi Aryan dalam hati sambil merenung wajah yang sedang mengelap tuksedonya. Hatinya berdegup kencang apabila melihat wajah dihadapannya.

“ Hello. Awak yang langgar saya ke saya langgar awak. Awak tu yang langgar bahu saya. Nak salahkan saya pulak. Dia yang buta nak cakap aku buta pulak."Marah Adelia Zanysha pula. Mukanya sudah merah menahan marah yang teramat sangat kerana menahan marah dan malu kerana lelaki di hadaannya ini merenungnya tajam.

 " Rasanya budak ni tomboilah... Sebab suara dia tak garau.' kata Tengku Rifzqi Aryan dalam hati.

Aina Qalisyah terus menuju ke arah Tengku Rifzqi Aryan dan adiknya. Patutlah Tengku Rifzqi Aryan lambat mengambilkannya jus oren rupa-rupanya adiknya telah membuat kecoh dengan kekasih hati barunya.

  “ Qiqi bukan ke you nak ambilkan I air tadi. Siapa yang langgar you ni?” Aina Qalisyah berpura-pura tanya kepada Tengku Rifzqi Aryan sambil melirikkan matanya pada adiknya.

“ Entahlah you. Minah mana yang tersesat sampai ke sini. Dahlah tersesat pastu tumpahkan air oren tu kat baju I pulak. Habis kotor baju I.”  Adu Tengku Rifzqi Aryan manja pada perepuan yang baru dikenalinya hampir dua jam yang lalu. Adelia Zanysha berdiam diri sahaja kerana malas ingin melayan kakaknya dan lelaki yang dipanggil Qiqi itu.

‘ Dahlah nama macam perempuan. Dah kira nasib baik aku lapkan sikit tuxedo dia!’ Kutuk Adelia Zanysha di dalam hati lalu beredar dari situ. Malas ingin melayan perangai dua orang makhluk tuhan di hadapannnya.

“ Biadap sungguh perempuan tu. Dahlah tak minta maaf.” Ujar Tengku Rifzqi Aryan geram. Namun dalam hati kata lain.

 'Bukan tahu nak minta maaf kat aku budak sekolah ni! Nasib baik muka cute!' ujar Tengku Rifzqi Aryan lalu memberi senyuman plastik pada kekasih hati barunya. Dasar buaya darat!

“ Biarkan aje orang tu. Takkan you nak pakai baju ni lagi?” soal Aina Qalisyah dengan suara menggoda. Tengku Rifzqi Aryan sudah ‘cair’ dengan suara menggoda Aina Qalisyah. 

“ Dahlah, jom masuk bilik I. You tolong I pilih baju ya? By the way do you know that guy?” soal Tengku Rifzqi Aryan lalu memandang Aina Qalisyah. Baginya Aina Qalisyah ialah gadis yang paling seksi yang pernah dia jumpa.

“ Nope. Let that guy be.” Tipu Aina Qalisyah. Dia malu untuk mengaku Adelia Zanysha sebagai adiknya. Sejak mereka kecil lagi mereka tidak sebulu...


  Adelia Zanysha menunggu kehadiran kekasih hatinya. ' Manalah pergi dia ni?! Lembapnya!' gerutu Adelia Zanyhsa di dalam hati. Tiba-tiba sebuah motor berkuasa besar berhenti dihadapannya.

 " Sorry lambat! Ada masalah... Dont angry, sweetheart!" pujuk Hafizah kepada Adelia zanysha. Terlejut juga dia apabila mendapat pesanan ringkas dari Adelia Zanysha supaya cepat sampai ke Hotel Holifay Inn. Apa yang dibuat oleh Adelia Zanysha di situ pun dia tidak tahu... Adelia Zanysha  memuncungkan mulutnya mendengar alasan kekasihnya.

 " Yalah... " kata Adelia Zanysha. Malas memanjangkan rajuknya.

 " You want to go where? Balik rumah mama you atau kondo you?" soal Hafizah lalu menghulurkan topi keledar kepada Adelia Zanysha. Adelia menyambut huluran itu.

 " Tempat biasa jelah" jawab Adelia Zanysha tiada nada lalu membonceng motor berkuasa besar itu. Sungguh dia tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa sahaja sekarang! 

 Hafizah hanya menurut kata Adelia Zanysha. Enta siapalah Adelia Zanysha bergaduh...


“ Tak guna punya kakak!” jerit Adelia Zanysha seorang diri di jambatan yang menuju ke Masjid Selat Melaka. 

 " Arghhh!!! Kenapa semua orang tak sayang aku?! Aku akan cari siapa yang bunuh dan rogol umi! Kau siap setan! Aku dapat cari kau aku siat-siat muka kau!!! Kenapalah umi tinggalakan aku cepat sangat?! Dear god, can you give me back my umi!!! Just for awhile! Why you are too cruel, god?" jerit Adelia Zanysha. Tanpa sedar, air matanya mengalir laju di pipinya. Mengapakah  insan yang paling dia sayangi tinggalkan dia dengan cara begitu kejam?! Mengapakah tuhan itu bersikap tidak adil kepadanya?

   Rasa mahu saja dia melompat ke dalam laut Selat Melaka di hadapannya untuk menghilangkan masalahnya. Tapi dia bukan gila lagi untuk membuat perkara terkutuk itu! Kelihatan hanya dia seorang saja yang berada di jambatan yang menuju ke arah Masjid Selat,Melaka. Tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit.

‘ Alamak! Sapa yang cuit bahu aku ni? Janganlah hantu air yang ada kat belakang aku ni!’ doa Adelia Zanysha di dalam hati. Dengan beraninya dia menoleh ke belakang.

“ Assalamualaikum. Anak buat apa kat sini? Dah jauh malam ni baik anak balik.” Tegur mak cik tersebut pada Adelia Zanysha. Adelia Zanysha hanya memerhati mak cik tua itu tanpa bersuara sepatah pun. Setelah lama mereka menyepi akhirnya mak cik tua itu bersuara.

“ Anak kelihatan seperti sedang kecewa dan sedih. Jika anak sedang bersedih eloklah anak singgah ke masjid. Menghadap kepadaNya pasti anak akan rasa tenang.” Nasihat mak cik  itu pada Adelia Zanysha. Adelia Zanysha hanya mengangguk lalu memandang ke atas. Merenung awan gelap.

 " Mak cik boleh tumpangkan anak kalau nak pergi ke masjid" ujar mak cik itu. 

 " Terima kasih, mak cik" kata Adelia Zanysha lalu mengikut langkah mak cik itu ke kereta mak cik itu. Berharap mak cik itu seorang yang baik!

Setulus Kasihku Prolog

  " Apa kau nak? Dah puas hati dengan apa yang kau dah buat pada aku dan anak aku?" soal Adelia Zanysah dengan nada kasar. 

  ‘ Macam mana dia boleh tahu aku tinggal di Australia ni? Rifzqi tahu ke? ’ hati Adelia Zanysha berasa gundah apabila memirkan persoalan yang berserabut di mindanya.

  Aina Qalisyah tersentak mendengar pertanyaan kasar adiknya itu. Sungguh, dia kesal dengan apa yang dilakukannya terhadap rumah tangga adiknya. Bukan Adelia Zanysha sahaja yang terkena tempias perkara itu tapi.... Jika masa dapat diputar kembali dia pasti akan membetulkan kesilapannya ini. Sayang seribu kali sayang kerana masa tidak dapat diputar kembali pada masa silam manusia. Perasaan sedih, sebak, marah mencengkam jiwanya sehingga menjadi satu adunan yang sebati! Sekarang i dia sudah menerima balasan atas apa yang dilakukannya.

Setelah sekian lama mereka menyepi akhirnya Adelia Zanysha bersuara. Dilihat kakaknya menangis tersedu-sedan di sebelahnya. Mungkin insaf dengan apa yang dilakukan kepada darah dagingnya sendiri. Adelia Zanysha benci melihat wajah yang telah merobohkan masjidnya!

  “ Apa kau nak lagi? Tak puas lagi ke kau dah hancurkan rumah tangga aku ke sekarang kau nak rampas anak-anak aku daripada aku? Cakap pasal maaf sampai bila-bila aku takkan maafkan kau. Aku tak kisah kalau Rifzqi pijak maruh aku tapi tanpa dia sedari dia dah memijak maruah darah dagingnya disebabkan perbuatan kau! Manusia seperti kau tak patut dapat kemaafan daripada aku. Sanggup menghancurkan kebahagiaan darah daging sendiri. Biarlah aku tenang kat sini. ” Ujar Adelia Zanysha lalu memandang wajah ceria anaknya yang sedang bermain bola kecil sendiri. Memikirkan hala tuju mereka anak beranak. Ke mana harus dia pergi selepas ini?

“ Aku sedar kesilapan aku, Adelia Zanysha. Satu aje yang aku nak dari kau. Kemaafan. Tolonglah maafkan aku. ” Pinta Aina Qalisyah lalu duduk melutut di kaki adiknya. Orang ramai yang berada di taman itu memandang mereka dengan pandangan hairan lagi pelik. Adelia Zanysha hanya buat tidak tahu sahaja dengan pandangan orang-orang yang melihatnya.

“ Setelah apa yang kau lakukan pada aku anak beranak kau senang-senang nak minta maaf dekat aku? Disebabkan kau, anak aku tak dapat kasih seorang bapa dan disebabkan kau juga aku dibuang keluarga! Kau memang perempuan paling tak guna yang pernah aku jumpa! ” Ujar Adelia Zanysha lalu menolak badan kakaknya kasar. Perasaan marah membuak-buak di dadanya!

“ Maafkan aku, Nysha. Disebabkan perbuatan aku, kau dihina oleh keluarga dan suami kau. Maafkan aku, Nysha. ” pinta Aina Qalisyah dengan suara tersedu-sedan. 

“ Sedar pun kau dengan perbuatan zalim kau. Sebelum kau buat kau ada fikir kesannya?! ” tengking Adelia Zanysha. Aina Qalisyah terdiam apabila mendengar tengkingan adiknya itu. Sekali lagi, mereka menjadi tumpuan pengunjung Kings Park.

“ Kau tahu apa Rifzqi cakap kat aku. Mengenali dan mencintai aku adalah kesilapan yang paling besar dia pernah buat dan Rifzqi kata kat aku betapa beruntungnya dia kerana aku belum lagi mengandungkan zuriatnya. Di saat dia mengucapkan kalimah ‘terindah’ tu aku sedang mengandungkan zuriat dia. Hanya kerana fitnah itu , rumah tangga aku hancur berkecai. Sampai hati kau menghancurkan kebahagiaan aku! Apa salah aku pada kau?! ” sambung Adelia Zanysha lagi. Adelia Zanysah mengelap air matanya kasar. Tiada gunanya dia menangisi perkara yang lalu! Dia harus tabah di hadapan anak-anaknya!

“ Kau tak salah apa-apa … ” belum sempat Aina Qalisyah ingin menhabiskan bicaranya Adelia Zanysha sudah memotong.

“ Kalau aku tak ada salah dengan kau, kenapa kau buat aku macam ni? Sejak kita kecil lagi mama selalu lebihkan kau. Apa yang kau nak semua mama bagi. Aku? Kenapa kau dengki sangat dengan kebahagiaan aku? ” soal Adelia Zanysha lagi. Air matanya tidak berhenti mengalir lagi.

“ Maafkan aku, Nysha. Sejak kau kecil lagi mama dah pinggirkan kau. Maafkan aku. ” Pinta Aina Qalisyah sekali lagi.


Tengku Rifzqi Aryan tersentak apabila sebiji bola terjatuh di pangkuannya. Dia terus mengutip bola tersebut lalu memandang sekelilingnya. Tiba-tiba seorang anak kecil berumur lingkungan 4 tahun  menegurnya.

“ Uncle, can I get back my ball? ” soal anak kecil tersebut.

“ Here. What is your name, boy?” tanya Tengku Rifzqi Aryan pada anak kecil tersebut lalu menundukkan sedikit badannya agar aras ketinggiannya sama dengan ketinggian anak kecil itu. Dia ralit memandang anak kecil di hadapannya. Alangkah bagusnya jika dia mempunyai seorang anak bersama isterinya... Baru dia perasan anak kecil dihadapannya ini menyerupai wajahnya ketika dia berusia 4 tahun. Sangat iras!

“ My mom call me Ian." Jawab anak kecil itu petah walaupun usianya baru sahaja menginjak 4 tahun.

 " Where's your mom?" soal Tengku Rifzqi Aryan lagi. Dia teringin melihat ibu kepada anak kecil ini. Hatinya tercuit melihat kepandaian anak kecil tersebut. Kecil lagi sudah pandai bercakap, telah Tengku Rifzqi Aryan.

  " At there." jawab anak kecil itu lalu menunding jarinya ke arah satu bangku yang terletak tidak jauh dari bangku yang diduduki Tengku Rifzqi Aryan.

  “ Come. I send you to your mother. ” Ujar Tengku Rifzqi Aryan lalu mendukung anak kecil tersebut. Anak kecil itu terus mengangguk di dalam dukungan Tengku Rifzqi Aryan.

 
Situasi dia antara Adelia Zanysha dan kakaknya, Aina Qalisyah semakin tegang. Udara nyaman di Kings Park, Australia tidak mampu menyejukkan hati Adelia Zanysha yang ‘panas’ itu. Dia tersedar apabila terdengar anak lelakinya menjerit memanggilnya.

   “ Mama! Mama! Mama! ” jerit Tengku Raid dari dalam pelukan Tengku Rifzqi Aryan. Adelia Zanysha yang dari tadi asyik memkirkan masalah dirinya terus terkejut apabila anaknya memanggilnya dan lagi terperanjat apabila anaknya berada di dalam dukungan ‘seseorang’. Tengku Rifzqi Aryan terkejut apabila memandang wajah-wajah dihadapannya. Perasaan rindu mencengkam jiwanya apabila melihat wajah dihadapannya. Hampir 4 tahun dia tidak berjumpa dengan wajah kesyangannya itu. Dia kesal kerana bertindak melulu pada masa itu. Alangkah bagus...

‘ Ya Allah rindunya aku pada dia! Ian ni anak aku ke?" soal Tengku Rifzqi Aryan pada dirinya sendiri. Aina Qalisyah tidak menyangka dia akan berjumpa dengan Tengku Rifzqi Aryan di sini. Adelia Zanysha pula terkedu seribu bahasa apabila melihat Tengku Rifzqi Aryan di hadapannya dan lagi tepat anaknya berada di dalam dukungan lelaki itu!

‘ Dah hampir 5 tahun aku tak jumpa dia! Apa yang dia buat kat Australia ni? ’ Adelia Zanysha tertanya-tanya di dalam hati.


“ Mama…mama…mama… ” rengek Tengku Raid yang masih dalam dukungan Tengku Rifzqi Aryan. Rengekan Tengku Raid menyedarkan mereka bertiga ke alam nyata.


“ Here is your son. ” Ujar Tengku Rifzqi Aryan lalu menghulur Ian pada Adelia Zanysha. Sebelum menghulur Tengku Raid pada Adelia Zanysha dia sempat mengucup pipi montel Ian. Tengku Rifzqi Aryan yakin Ian adalah zuriatnya! Buktinya Adelia Zanysha mama kepada Ian dan wajah Ian amat menyerupai wajahnya! Adelia Zanysha berasa sangat terharu melihat perlakuan Tengku Rifzqi Aryan itu. Aina Qalisyah hanya memerhati drama sebabak di hadapannya. Dia berasa sungguh menyesal dengan apa yang dia lakukan pada adik kandungnya sendiri.


“ Need to go now. Assalamualaikum. ” kata Adelia Zanysha lalu beredar dari situ dengan anak lelakinya. Ian sempat melambai tangan dan memberi flying kiss pada Tengku Rifzqi Aryan. Tengku Rifzqi Aryan tersenyum melihat gelagat Ian. Tiba-tiba Tengku Rifzqi Aryan memandang Aina Qalisyah dengan pandangan yang cukup tajam seperti ingin meminta penjelasan bagi situasi ini.