Monday, 11 February 2013

Setulus Kasihku bab 2

 Usai Adelia Zanysha menunaikan solatnya dia terus mencari mak cik yang telah menghantarnya ke masjid itu. Hatinya tidak pernah berasa tenang seperti ini. Mujurlah dia masih ingat lagi cara- cara mengerjakan solat dan bacaan-bacaan di dalam solat. Seingatnya kali terakhir dia melakukan tuntutannya terhadap ilahi ialah 8 tahun lepas. Itupun hanya di sekolah sahaja dan melakukannya dalam keadaan keterpaksaan.

  " Assalamualaikum mak cik" tegur AdelIa Zanysha. Mak cik itu sedang leka memandang awan gelap di beranda Masjid Selat Melaka.

  " Waalaikumussalam. Nama anak siapa?" soal mak cik itu lembut lalu memandang raut wajah dihadapannya. 

  " Nur Adelia Zanysha. Nama mak cik pula?" soal Adelia Zanysha pula.

  " Panggil mak cik Dahlia. Adelia buat apa tadi dekat jambatan tu?"

  " Melepaskan geram. Mak cik ingat saya nak bunuh diri ke?" soal Adelia Zansyha dengan nada gurauan. Dia tertawa kecil mendengar soalannya sendiri. Puan Dahlia tersengih mendengar soalan Adelia Zanysha. Memang betul anggapan Adelia Zanysha.

  " Tak adalah. Adelia tinggal dekat mana? Mak cik boleh tolong hantarkan. Lagipun dah malam sangat ni" ujar Puan Dahlia.

  ' Aku malaslah nak balik nanti macam-macam jadi. Aku tidur kat hotel jelah' kata Adelia Zanysha pada dirinya sendiri di dalam hati. Sakit di dalam hatinya masih berbekas lagi.

  " Mak cik hantar jelah saya ke Mahkota Hotel." jawab Adelia Zanysha. Puan Dahlia mengerutkan keningnya apabila mendengar jawapan Adelia Zanysha.

  " Rumah Adelia dekat mana? Kenapa perlu tinggal di hotel?" soal Mak cik Dahlia bertubi-tubi. Manlah tahu gadis dihadapannya ini melarikan diri dari rumah...

  " Gaduh dengan kakak" jawab Adelia Zanysha pendek. Betul apa dia bergaduh dengan kakak dia! Mak cik Dahlia mengangguk.

  " Adelia tumpanglah rumah mak cik. Mak cik memang tak kesah." pelawa Puan Dahlia. 

  " Tak apalah, mak cik. Saya baru kenal mak cik" tolak Adelia Zanysha lembut. Dia tidak mahu berhutang budi dengan orang yang baru dia kenali. Puan Dahlia tidak henti-henti memujuk Adelia Zanysha untuk menumpang di rumahnya. Dia berasa bosan di villanya. Tiada apa yang boleh dilakukan di villanya selain membersihkan kebun bunganya. Semuanya sudah diselesaikan oleh orang gajinya jika ada Adelia Zanysha bolehlah ada peneman di rumahnya. Adelia Zanysha akhirnya bersetuju untuk tinggal di rumah Puan Dahlia. Kesian pula apabila melihat Puan Dahlia asyik mempelawanya.

  
 " Astaghfirullahalazim" Tan Sri Aiman mengucap panjang. Sungguh tidak disangka-sangka olehnya dia akan mimpi tentang keluarganya yang sudah lama dia tinggalkan. Tiba-tiba hatinya berasa tidak tenteram apabila memikirkan maksud mimpinya. Tiba-tiba ingatannya terimbau pada kejadian yang berlaku 23 tahun lepas...

 Aiman sedang leka mengecek kembali kerja yang telah disiapkan oleh pekerja bawahannya. Tinggal untuk tandatangan sahaja. Tiba-tiba pintu pejabatnya ditolak. Terpancul wajah seorang perempuan gedik di hadapannya. Aiman hanya buat tidak endah sahaja malas untuk bertekak dengan bekas tunangnya.

  " Kenapa dengan you ni, Aiman? I datang you buat muka toyo aje. Dont you miss me?" rengek Julia manja. Aiman hanya berdiam diri aje mendengar rengekan manja perempuan gedik dihadapannya. Perlakuan Aiman yang hanya buat tidak tahu sahaja telah membuatkan hati Julia geram. Perempuan gedik itu terus mengahmpiri kerusi yang diduki Aiman. Dengan manjanya dia mengelus dada bidang Aiman. Tidak sempat Aiman mengelak tiba-tiba pintu pejabatnya ditolak. Mata Zurin terbeliak meandang adegan dihadapannya. Ternyata benar suaminya mencurangi dirinya. Dia masih boleh maafkan suaminya tentang gambar yang telah diterima olehnya beberapa hari lepas. Pada pendapatnya mungkin gambar itu diedit tetapi sangkaannya meleset... Baru sahaja dia ingin memberitahu suaminya tentang berita gembira.

  " Sampai hati abang buat Zurin macam ni? Apa salah Zurin abang?" tanya Zurin dalam esak tangisnya. Aiman tergamam mendengar kata-kata isteinya. Sungguh dia berasa bingung dengan situasi yang sedang dihadapinya. Sudahlah pelbagai masalah dialami oleh syarikatnya ini pula lagi satu masalah bertambah. Sudah jatuh tapi ditimpa tangga pulak...

  " Sayang... I can explain about this! Ini semua salah faham aje... Please hear!"ujar Aiman dengan suara tertahan-tahan. Tidak pasti sama ada menahan marah atau sedih dan kecewa. Perempuan gedik itu hanya memandang drama dihadapannya. Tersinggung satau senyuman sinis bercampur jahat.

 " Apa yang perlu diexplainkan? Saya dah agak dah awak curang dengan saya! Tapi saya diamkan aje!" jerit Zurin. Mujurlah pintu bilik pejabat itu sudah ditutup dan pejabat itu kendap bunyi. Aiman berasa amat geram nendengar kata-kata isterinya namun dia perlu bijak menangani situasi begini. Karma sudah membalas perbuatannya. 

 " Aku tak tahulah macam mana kau boleh hidup dengan jantan macam ni? Kau sendiri tahu dia ni buaya daratkan? Entah-enta kau dekat dengan dia semata-mata duit aje" kata perempuan gedik itu. Cuba untuk memanaskan situasi yang sudah tersedia panas.

 " Kau diam Julia! Sebelum muka kau hancur aku kerjakan baik kau keluar!" tengking Aiman. Perempuan gedik yang bernama Julia itu hanya buat tidak endah sahaja dengan tengkingan Aiman.

 " Sayang dengar dulu apa abang nak cakap... Please sayang..." ujar Aiman lalu memeluk Zurin dengan kejap sekali namun pelukan itu tidak dibalas.
Tanpa persetujuan Zurin, Aiman terus menceritakan perkara yang berlaku sebenarnya. Zurin hanya buat tidak endah sahaja apabila suaminya menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Hatinya berkecai apabila melihat adegan itu. Senang cerita, tiada lagi cinta untuk suaminya. Dia tidak boleh meminta cerai pada suaminya kerana dia sedang berbadan dua! 

  Zurin sedaya upaya meleraikan pelukan kejap suaminya namun tidak berhasil. Zurin  lari sepantas mungkin setelah dapat meleraikan pelukan yang kejap itu. Aiman berasa amat bingung dengan masalah yang dihadapinya. Dia memandang Julia dengan pandangan yang amat tajam. Dia pasti isterinya ingin memberitahunya sesuatu. Dia yakin tentang itu!

8 bulan kemudian...

 Zurin selamat melahirkan sepasang kembar perempuan. Dia sedang leka menyusukan anak perempuan pertamanya. Sambil menyusukan anak pertamanya dia memandang anak bongsunya. Muka anak bongsunya itu amat mirip dengan wajah suaminya, Aiman. Hidung anaknya itu sederhana mancung, mata bulat berwarna hazel, bibir nipis dan warna kulitnya putih pucat seperti suaminya. 

 " Stay strong with me, Aina!" bisik Zurin pada telinga anak pertamanya. Dia menamakan anak pertamanya, Aina Qalisyah. Mamanya dan kakaknya pula memberi nama untuk anak bongsunya. Perasaan benci meluap-lupa rasa di dalam hati apabila melihat anak bongsunya itu. Tiba-tiba pintu wadnya ditolak perlahan... Kelihatan mamanya dan kakak kembarnya, Nurin membawa sebakul buah bersama.

 " Adik apa khabar? Baby mcam mana? Sihat?" soal adiknya prihatin lalu mengendong anak buahnya yang paling bongsu. Dia menamakan anak bongsu kakaknya, Nur Adelia Zanysha.

' Kasihan sungguh Adelia. Kecil-kecil lagi sudah dibenci oleh mamanya. Semoga Adelia tabah.' doa Nurin di dalam hati. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk menjaga Adelia Zanysha.

 " Sihat... Kakak tak kerja ke hari ni?" soal Zurin sambil merenung wajah ayu kakaknya. Kakaknya seorang balu. Suaminya meninggal dalam sebuah kenalangan ngeri di lebuhraya Karak. Kakaknya tidak mempunyai anak walaupun sudah tiga tahun berkahwin dengan arwah abang iparnya.

 " Aiman tahu pasal baby ni?" soal Nurin dengan nada dingin. Zurin tersentak mendengar soalan kakaknya. Zurin menggeleng perlahan kepalanya.

 " Kau ni nak jadi apa, Zurin? Kau nak jadi isteri derhaka ke? Kau tahu tak apa yang kau buat selama ni pada Aiman tu boleh masukkan kau ke dalam api neraka! Kalau kau dah tak suka dia mintak cerai elok-elok... Kesian anak kau ni... Dari hari tu lagi aku perhatikan aje sikap kau yang tak berapa megah ni... Kenapa kau macam benci sangat dengan anak bongsu kau ni? Apa salah dia kat kau? Aku tahulah muka dia macam ayah dia tapi kau tak patut bencikan dia. Ini semua bukan salah dia. Dia tak tahu apa-apa pun, Zurin. Kalau kau dah benci sangat kat anak kau ni, kau bagi jelah aku! Biar aku yang jaga!" ceramah Nurin panjang lebar. Zurin terkelu seribu bahasa mendengar ceramah kakaknya. Ada benar juga kata-kata kakaknya itu. Mamanya hanya berdiam diri.


 " Kalau kau nak sangat anak aku tu ambiklah! Aku tak kesah pun" kata Zurin selamba. Dia memang tidak kisah jika kakaknya ingin mengambil anak bongsunya itu malah dia lebih suka. Akhirnya, Adelia Zanysha menjadi anak angkat mak longnya sendiri setelah mencapai kata sepakat.

 
 " Apa nak jadi dengan kau ni, Aiman? Sudah-sudahlah tu..." pujuk Aliff, sepupu kepada Aiman. Kasihan melihat sahabatnya itu. Hidup kawannya itu sudah tidak terurus lagi. Dengan jambang, misai dan rambut panjang tidak dicukur dan potong sebijik seperti pengemis di tepi jalan bukan seperti CEO Crystal Holding!

 " Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku. Aku dah cari dia tapi tak jumpa. Kau nak aku cari kat mana lagi, Lyph???" Soal Aiman. Sudah hampir 8 bulan dia mencari isterinya. Keluarga sebelah isterinya pula sudah berpindah. Ke mana dia tidak tahu...

 " Kau tawakal ajelah. Aku tengok badan kau ni kurus aje. Apapun aku akan selalu doa supaya kau jumpa isteri kau! Wish you all the best, Aiman." kata Aliff lalu keluar dari pejabat milik kawannya itu. 

No comments:

Post a Comment