Bab 4
Tan Sri Tengku Aliff mengetuk pintu pejabat sahbatnya. Setelah diberi kebenaran untuk masuk barulah dia memulas tombol pintu pejabat itu. Dia memandang pelik sahabatnya yang masih leka menghadap fail kerja.
" Ada apa kau panggil aku ni?" tanya Tan Sri Tengku Aliff serius setelah duduk di hadapan sahabatnya itu. Dekorasi pejabat sahabatnya itu diperhatikan. Tampak sangat eksklusif!
Tan Sri Aiman merenung sahabat di hadapannya.
" PA aku dah nak bersalin... Kau boleh tak tolong aku carikan sesapa untuk gantikan dia? Boleh senget bahu aku kalau tak ada pembantu... Aku tak kisahlah perempuan ke lelaki..." luah Tan Sri Aiman lalu menekan interkom di hadapannya untuk menyuruh tea lady syarikatnya membuat dua cawan kopi. Tidak sampai 5 minit, tea lady syarikatnya sudah menghantar dua cawan kopi yang dipesan.
" Aku akan usahakan! Lagi berapa bulan dia nak bersalin?" soal Tan Sri Tengku Aiman lalu menghirup perlahan kopi yang masih berasap-asap kecil lagi.
" Tak sampai sebulan... Tak silap akulah." Tan Sri Aiman ketawa kecil mendengar jawapannya sendiri.
" Aku nak tanya kau sesuatu boleh?"
" Tanyalah" jawab Tan Sri Aiman pendek.
" Kau ada anak tak dengan Zurin?" Soal Tan Sri Tengku Aliff ragu-ragu.
Tan Sri Aiman terkedu mendengar soalan sahabat karibnya itu.
" Rasa aku ada dua orang. Kembar perempuan. Aku pernah jumpa si adik je. Tak silap aku nama dia Adelia. Yang sorang lagi aku tak pasti. Aku selalulah juga jumpa Adelia sebelum diaorang pindah Singapore" luah Tan Sri Aiman. Tiba-tiba ingatnnya teringat pada anaknya yang bernama Adelia itu. Apa khabar anaknya itu, sekarang?
Tan Sri Tengku Aliff mengangguk mendengar luahan sahabtnya itu. Kemungkinan besar anak angkat isterinya itu ialah anak kepada sahabatnya itu. Apa-apa pun biarlah takdir yang menentukannya.
" Kenapa kau tanya?" soal Tan Sri Aiman setelah sekian lama mereka berdiam diri.
" Tak ada apa-apa. Nampaknya aku terpksa pergi dulu sebab aku nak tengok site di Krubong" kata Tan Sri Tengku Aliff setelah menilik jam yang dipakai di pergelangan tanganya. Tan Sri Aiman mengangguk mendengar kata-kata Tan Sri Tengku Aliff.
" Dah lama ke you sampai?" soal Adelia Zanysha. Hafizah tercengang-cengang melihat penampilan baru kekasih hatinya. Sejak bila kekasihnya ini berubah? Pelbagaik persoalan muncul di benaknya.
" Tak adalah lama sangat. Ada apa you jumpa I?" Tanya Hafizah pula.
Matanya masih tidak dapat lari dari melihat penampilan baru Adelia Zanysha.
" We need break! I dont want to make sins anymore!" kata Adelya Zanysha dengan nada tegas. Hafizah tertawa kecil mendengar kata-kata Adelia Zanysha. Tidak percaya pula apabila Adelia Zanysha yang mengungkap kata-kata itu. Tawa Hafizah mati serta merta apabila Adelia Zanysha memandangnya tajam.
" Seriously? Are you joking, Adelia Zanysha or maybe you are sick?" sindir Hafizah. Terasa dunia berhenti berputar apabila Adelia Zanysha ingin memutuskan hubungan antara mereka.
" I'm not joking nor sick! Thats the truth! I want to break with you! I'm not kidding!!' balas Adelia Zanysha geram. Dipandang tasik yang terbentang dihadapan mata. Subhanaallah, sungguh indah ciptaanMu!
" But... Why, Adelia??? You know how deep my love right! How could you do this to me?!" soal Hafizah. Air mata bergenang di tubir mata. Hanya tunggu masa untuk mengalir di pipi.
" Its all bout sins. Tak takut ke bila di akhirat nanti? Sampai bila kita nak berkelakuan begini?" soal Adelia Zanysha pula. Tidak semena-mena air mata mengalr di pipinya. Dengan pantas dia mengelap air matanya.
" Jangan cakap pasal dosa kalau diri sendiri pun tak betul!" sindir Hafizah. Wajah Adelia Zanysha berona merah apabila disindir. Dia sendiri akui, dia bukanlah seorang hamba yang taat pada perintah Allah tapi sekurang-kurangnya dia cuba untuk menjadi seorang hamba yang taat. Walaupun dia telah membuat salah satu dosa besar tapi puasa di bulan ramadhan sedaya upaya dilakukan. Hanya solat sahaja sukar untuk dia lakukan. Alangkah bagusnya kalau masa dapat diundurkan kembali!
" Setiap manusia tidak lari dari kesilapan! I'm trying to reedem the sins i have done! Do you get that?!" kata Adelia Zanysha dengan nada geram lalu beredar dari situ. Hafizah memandang Adelia Zanysha dengan pandangan amat sinis.
Hafizah mendengus kasar mendengar kata-kata Adelia Zanysha. Tebuslah sangat!
" Kau pasti ke Tuhan akan ampunkan dosa kau?" soal Hafizah sinis. Langkah Adelia Zanysha terhenti ketika mendnegar soalan sinis Hafizah.
" Allah itu Maha Pengampun. By the way, tak pernah ke dengar cerita mengenai Nabi Luth dan kaumnya. Nabi luth pernah berkata pada kaumnya ' Sesungguhnya aku ialah rasul utusan Allah SubhanAllah Wa Taala.. Hendaklah kamu semua takut dengan kemurkaan Allah. Sesungguhnya kamu semua daripada golongan lelaki yang melepaskan nafsu kamu kepada lelaki lain, bukannya kepada wanita. Sesungguhnya kamu ialah kaum yang melampaui batas'. Yang membezakan kita dengan kaum Nabi luth ialah jantina kita... Kaum Nabi Luth melakukan hubungan sesama lelaki manakala kita pula sesama perempuan" luah Adelia Zanysha panjang lebar. Mujurlah dia masih ingat lagi tentang kata-kata yang pernah Nabi Luth ucapkan pada kaum-kaumnya.
Hafizah tergamam mendengar luahan Adelia Zanysha. Tersentap sebenarnya! Hanya pandangan mata saja yang mengiringi langkah pemergian Adelia Zanysha.
" Kenapa mata Adelia bengkak?" soal Puan Dahlia prihatin. Terkejut juga apabila melihat keadaan anak angkatnya itu. Adelia Zanysha hanya menggelengkan kepalanya.
" Jangan tipu mak cik... Kalau ada masalah insyaallah mak cik boleh tolong" pujuk Puan Dahlia. Hatinya tidak akan tenang selagi belum mengetahui punca kesedihan Adelia Zanysha. Setelah didesak banyak kali akhirnya Adelia Zanyhsa menceritakan perkara yang berlaku beberapa jam lalu.
“ Terima kasih mak cik sebab sudi terimaAdelia. Nak tanya satu soalan boleh?” soal Adelia Zanysha setelah menceritakan masa silamnya. Wajah Puan Dahlia sangat tenang ketika dia menceritakan masa silamnya.
“ Tanyalah..." jawab Puan Dahlia lembut lalu merenung wajah ayu Adelia Zanysha.
“ Allah maafkan tak dosa Adelia?” soal Adelia Zanysha dengan wajah sedih. Puan Dahlia terkedu mendengar soalan Adelia Zanysha.
“ Allah itu maha pengampun. Tentu dia memaafkan dosa umat-umatnya.” Jawab Puan Dahlia dengan tenang.
“ Walaupun dosa yang kita lakukan ialah dosa besar?” tanya Adelia Zanysha lagi.
“ Ya.” Jawab Puan Dahlia pendek. Dia yakin Adelia Zanysha hanya tersilap langkah ketika dia meniti alam remaja dahulu. Walau pun golongan gay dan lesbian telah melakukan kemunkaran di sisi Islam tetapi menangani mereka haruslah mengikut prinsip dakwah umum iaitu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan perdebatan dengan cara yang terbaik. Mencela, menyisih dan menghina mereka semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah.
Daripada Anas. R.a : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: AllahS.W.T telah berfirman : “ Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana kmau meminta dan berharap kepadaKu, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemuiKu di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukanKu dengan yang lain nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
" Dulu Adelia kerja apa?" soal Tan Sri Tengku Aliff ketika mereka sednag menikmati makan malam. Dia cuba untuk beramah mesra dengan Adelia walaupun dia sudah mengetahui pekerjaan gadis itu.
Suapan Adelia terhenti apabila mendengar soalan Tan Sri Tengku Aliff.
" Adelia doktor di klinik arwah umi Adelia. Kenapa uncle?"
" Ooo... Adelia nak tak kerja dengan company kawan uncle, Crystal Holdings? As a personal assistance? Beberapa bulan aje sebab setiausaha dia cuti bersalin. Adelia jangan risau nanti setiausaha dia ajar Adelia pasal tu semua" tawar Tan Sri Tengku Aliff. Manlah tahu Adelia Zanysha menerima tawarannya. Puan Dahlia memandang wajah Adelia Zanysha yang terkedu seribu bahasa itu. Mungkin terkejut dengan tawaran yang diberikan pleh Tan Sri Tengku Aliff.
' Okay jugak tu... Ada jugak duit masuk dalam account bank aku! Lagipun aku pernah bercita -cita nak jadi P.A... Bolehlah' kata Adelia Zanyhsa di dalam hati. ' Kau nak berapa banyak duit, Adelia? Dah banyak sangat duit dalam account bank kau', sela hatinya.
Setelah memikirkan baik buruknya akhirnya dia bersetuju untuk bekerja sebagai setiausaha di Crystal Holdings.
" Minggu depan ikut uncle pergi Crystal Holdings" kata Tan Sri Tengku Aliff pendek. Adelia Zanysha hanya mengangguk sahaja. Rasa tidak sabar pula untuk bekerja kembali... Walaupun itu bukan bidangnya!
Bab 5
Azrul menunggu majikannya dengan penuh kesabaran. Sudah 10 minit dia menunggu majikannya itu namun tidak muncul-muncul lagi. Air teh limau ais dihirupnya perlahan. Tiba-tiba kerusi dihadapnnya ditarik sessorang.
" Lama ke kau tunggu aku, Azrul? Tadi ada kemalangan di Putra Heights" Kasihan pula Azrul menunggunya dan nasib baiklah dia keluar dari villanya awal sikit kalau tidak jawabnya memang Azrul akan menunggunya lebih lama lagi. Selalunya dia yang menunggu Azrul.
" Tak adalah lama sangat, bos. Rasa saya 10 minit je kut. Ada apa-apa kerja untuk saya, bos?" soal Azrul selepas memanggil pelahan untuk mengorder minuman atau makanan.
" Hrmmm... Tolong cari maklumat tentang isteri dan anak-anak aku. Bagi aku maklumat tu minggu depan" kata Tan Si Aiman tegas lalu menghulurkan sekeping cek kepada Azrul disertakan dengan jelingan tajam.
" Baik, bos." balas Azrul lalu beredar dari situ. Faham benar dengan perangai majikannya itu. Jika majikannya itu sudah menjelingnya itu bermaksud 'pergi dari sini.' Boleh tahan besar juga nilai yang ditulis di atas kertas cek ini. Pasti kerja yang diberi itu susah.
" Morning!" sapa Dato Tengku Amsyar lalu duduk di kerusi untuk menjamah makan pagi. Datin Syaza datang dengan sejug air oren dan sepinggan roti.
" Selamat pagi!" balas Datin Syaza. Dato tengku Amsyar menyelak akhbar dihadapannya. Ingin mangetahui perkembangan dunia semasa pada awal pagi.
" Mana Rifzqi? Tidur lagi atau pergi berjogging?" soal Dato Tengku Amsyar selepas menyelak akhbar.
" Tidur lagi... Semalam dia balik villa lambat. Ke mana saya pun tak tahu..." jawab Datin Syaza. Dato Tengku Amsyar hanya mengangguk mendengar jawapan isterinya. Perangai anaknya yang seorang itu memang agak liar sikit. Tak habis-habis dengan party. Puas dinasihatkan tetapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
" Hrmmm... Cakap dengan dia esok saya nak muka dia ada di office! Lambat pun tak apa... Janji dia ada dah cukup baik!" kata Dato Tengku Amsyar serius.
" Ya, bang. Saya pun dah tak tahu macam mana nak betulkan perangai dia tu... Kita dah ajar semua anak-anak kita tentang agama Islam tapi dia seorang saja yang tak nak ikut apa yang kita ajar semasa dia kecil" beritahu Datin Syaza. Hati ibu mana tidak pilu apabila si anak tidak mengikuti apa yang diajari!
Datin Syaza mengetuk pintu bilik anak terunanya berkali-kali namun tiada balasan. Datin Syaza pun memulas tombol pintu bilik anaknya itu dan tergelng-geleng kepalanya apabila melihat keadaan bilik anaknya yang tidak ubah seperti ladang kambing. Agaknya ladang kambing pun lebih bersih daripada bilik anaknya ini.
" Tengku Rifzqi Aryan!!!" jerit Datin Syaza. Terus terbuka mata Tengku Rifzqi Aryan mendengar jeritan umi kesayangan. Terpisat-pisat dibuatnya.
" Apa?!" balas Tengku Rifzqi Aryan dingin. Marah kerana uminya mengacau tidur lenanya.
" Dah pukul 11.30 pagi baru kamu bangun!? Kamu ni dah boleh jadi bapak orang tau! Bangun... Bangun... Bangun!!!" arah Datin Syaza tegas lalu membuka tingkap bilik.
" Alahai umi ni... Relekslah umi! Baru umur 26 tahun bukannya 62 tahun... Nak buat apa kahwin awal-awal?!" soal Tengku Rifzqi Aryan lalu menyelimutkan kembali badannya. Datin Syaza menggelengkan kepalanya mendengar soalan anaknya itu...
" Suka hati kamulah Qiqi... Nanti umi suruh walid kamu carikan isteri untuk kamu!" kata Datin Syaza lalu duduk di birai katil anaknya selepas mengutip baju-baju kotor di lantai bilik. Tengku Rifzqi Aryan menggelengkan kepalanya berkali-kali ketika mendengar kata-kata uminya. Tidak boleh jadi jika umi menyuruh walid mencari calon isteri untuknya... Pasti walid mencari yang 'masjed' punya!
" Tak nak!!!" jerit Tengku Rifzqi Aryan di dalam selimut. Datin Syaza tertawa kecil melihat reaksi anakanya itu.
" Kalau kamu tak nak baik kamu dengar cakap umi... Walid suruh kamu datang office esok kalau tak..." Datin Syaza sengaja tidak menyambung ayatnya kerana ingat melihat reaksi Tengku Rifzqi Aryan.
" Kalau tak apa?" soal Tengku Rifzqi Aryan. Selimut sudah tidak membaluti tubuh sasanya.
" Kalau tak... Kamu kena kahwin dengan pilihan hati umi dan walid!" kata Datin Syaza tersengih-sengih. Wajah Tengku Rifzqi Aryan pucat mendengar kata-kata uminya. Dia bangkit dari baringannya dan mengambil tuala di dalam closetnya lalu masuk ke dalam kamar mandi. Sesaat kemudian kedengaran pancutan air dari dalam kamar mandi. Datin Syaza tersengih-sengih melihat perangai satu-satunya anak lelaki tunggalnya.
Tengku Rifzai Aryan hanya memandang Aina Qalisyah yang khusyuk memilih dress-dress di sebuah butik. Malas ingin membalas kata-kata kekasih hatinya itu... Boleh tahan mahal juga dress dan tas tangan yang dipilih Aina Qalisyah. Jika uminya tahu pasti dia dibebel tiga hari dua malam.
" You... Cantik tak dress ni?" soal Aina Qalisyah gedik. Tengku Rifzqi Aryan hanya mengangguk sahaja. Aina Qalisyah yang perasan wajah muram Tengku Rifzqi Aryan terus membisikkan sesutau di telinga kekasihnya itu.
" Betul ni?" tanya Tengku Rifzqi Aryan ragu-ragu.
" Yeah... After you paid all those dress we can book a room at Holiday Inn..." bisik Aina Qalisyah nakal lalu mencium leher Tengku Rifzqi Aryan. Tengku Rifzai Aryan tersenyum nakal pada Aina Qalisyah. Gadis seperti Aina Qalisyah terdapat di dalam senarai gadis idamannya.
Selepas mereka membuat bayaran di kaunter butik tersebut mereka menuju ke 'destinasi' yang mereka inginkan. Hati Tengku Rifzqi Aryan melonjak kegembiraan mendengar tawaran Aina Qalisyah. Aina Qalisyah pula sedang memikirkan stratergi untuk memerangkap Tengku Rifzqi Aryan.
Lupakah mereka? Ketika lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersaam pasti ada yang ketiga... Siapa lagi kalau bukan iblis!
" Assalamualaikum..." jerit Datin Syza sambil menekan berkali-kali loceng. Terkocoh-kocoh Mak Mah membuka pintu rumah 4 tingkat itu...
" Waalaikumussalam... Masuk Datin! Sekajap ya saya panggilkan Puan Dahlia..." pinta Mak Mah. Datin Syaza mengangguk menandakan membenarkan Mak Mah memanggil emak mertuanya.
Perbualan Adelia Zanysha dan Puan Dahlia terhenti apabila Mak Mah memberitahu mereka Puan Dahlia mempunyai tetamu. Puan Dahlia segera membuka langkah ke ruang tamu villanya manakala Adelia Zanysha mengikut Mak Mah ke dapur.
" Assalamualaikum umi!" tegur Datin Syaza lalu bersalaman dengan Mak mertuanya. Salam Datin Syaza dijawab di dalam hati.
" Ada apa Syaza datang?" tanya Puan Dahlia. Pelik juga melihat menantunya tiba-tiba datang ke villanya.
" Bukankah umi nak ajar Syaza bagaimana nak buat kek pelangi hari ni?" soal Datin Syaza pula. Soalan dibalas dengan soalan juga...
" Umi lupa pulak... Nasib baik umi dah beli bahan-bahannya..." kata Puan Dahlia terhenti apabila Adelia Zanysha datang bersama sedulang air. Datin Syaza terpesona dengan kecantikan gadis dihadapannya.
" Jemput minum..." ajak Adelia Zanysha ramah.
" Terima kasih, Adelia. Marilah berbual dengan kami... Sekjap lagi kita orang nak buat kek..." ajak Puan Dahlia bersungguh-sungguh.
" Tak apalah umi... Adelia ada hal sikit dengan klinik Adelia..." tolak Adelia Zanysha perlahan. Adelia Zanysha mulai memanggil Puan Dahlia dengan panggilan 'umi' kerana Puan Dahlia sendiri yang memintanya. Segan pula ingin duduk bersama dengan tetamu Puan Dahlia. Lagipun kliniknya itu sedang mengalami sedikit masalah.
" Kalau macam tu tak apalah... Adelia nak naik apa nanti?" Baru dia teringat Adelia Zanysha tidak mempunyai kereta.
" Adelia call teksi nanti..." jawab Adelia Zanysha lembut.
" Ambillah mana-mana kunci kereta... Umi tak kesah pun..." arah Puan Dahlia. Adelia Znayhsa hanya mengangguk mendengar arahan Puan Dahlia. Malas pula ingin menolak arahan Puan Dahlia lagipun ada tetamu dihadapnnya.
" Umi, siapa gadis tadi tu?" soal Datin Syaza ketika mereka berdua di dapur.
" Berminat untuk dijadikan menantu ke?" usik Puan Dahlia. Datin Syaza ketawa kecil mendengar usikan mertuanya.
" Nama dia Adelia Zanysha. Dia kerja sebagai doktor di klinik dia sendiri. Umur pun dah 25 tahun. Kenapa?" Puan Dahlia hanya memberitahu maklumat asas tentang Adelia Zanysha.
' Umur pun dekat-dekat dengan Rifzqi. Manis saja orangnya... Harap budinya pun manis juga!' kata Datin Syaza di dalam hati.
" Kalau dibuat menantu pun bagis juga!" ujar Puan Dahlia tiba-tiba. Datin Syaza terkedu mendengar ujaran Puan Dahlia.
" Aikkk? Betul ke apa umi cakap?" soal Puan Dahlia.
" Bolehlah, umi. Tak pernah nampak gadis secantik Adelia tu... Kalau dipadankan dengan Rifzqi mesti secocok!" kata Datin Syaza.
" Hrmmm... Betul tu... Tapi kalau kita cuba kahwinkan dia orang mesti Rifzqi tak nak sebab Adelia tu kan bukan taste dia " kata Puan Dahlia. Datin Syaza menganggukkan kepalanya. Ada benar juga kata mak mertuanya itu.
*************
" Buddy! Lama gila aku tak nampak batang hidung kau! So hows life?!" tanya Mimi pada sahabatnya. Adelia Zanysha ketawa mendengar kata-kata sahabatnya itu.
" Tak ada hilang mana! Still at Melaka kut. So apa masalah klinik ni?" soal Adelia Zanysha serius lalu mengambil tempat di hadapan Mimi. Ketika itu mereka berada di dalam bilik rawatan.
" Pembekal ubat dah tak bagi kita ubat... And one more thing kita dah tak ada pembantu klinik. Seriously, stok-stok ubat kita semua dah nak habis! Nanti aku bagi kau list ubat apa yang dah habis stok. Aku tak boleh nak sound dia orang lebih-lebih sebab aku ni just pekerja di klinik ni saja." terang Mimi. Adelia Zanysha hanya mengangguk sahaja.
" By the way, kita kena cari pembantu klinik secepat mungkin. Nasib baik anak sedara aku tu jadi pembantu klinik kau buat semntara waktu. Kalau tak boleh patah bahu aku ni" ujar Mimi.
" Aku akan usahakan! Sorilah kalau aku menyusahkan kau... Kalau kau nak balik sekarang aku tak kesah biar aku aje yang jaga klinik ni. Aku tahu kau penat" kata Adelia Zanysha. Serba-salah pula apabila menyusahkan sahabat baiknya itu.
" Kita kan kawan baik. Remember? Eloklah kalau kau dah bagi aku kebenaran untuk balik sekarang. Mengantuk gila sekarang ni!" Dengan selambanya Mimi menguap besar di hadapan Adelia Zanysha. Adelia Zanysha hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai selmba sahabat baiknya itu.
Tengku Rifzqi Aryan mengusap perutnya. Dari petang tadi perutnya memulas. Entah apa yang menyebabkan dia sakit perut pun dia tak tahu. Sudah masuk 10 kali dia masuk tandas. Terpaksalah dia pergi ke klinik berhampiran dengan rumahnya memandangkan sakit perutnya masih belum pulih. Jam di dinding dipandang. Baru pukul 9 malam tetapi umi dan walid belum pulang lagi. Entah masih buka ke tidak klinik yang berhampiran di rumahnya. Kunci kereta dicapai. Audi R1diberhentikan di hadapan sebuah klinik.
' Nasib baik klinik ni masih buka lagi' kata Tengku Rifzqi Aryan di dalam hati.
Tengku Rifzqi Aryan mendaftarkan namanya di kaunter klinik tersebut. Hanya dia seorang sahaja di klinik tersebut. Selang beberapa minit...
" Tengku Rifzqi Aryan" jerit pembantu klinik itu. Tengku Rifzqi Aryan pun masuk ke dalam bilik rawatan. Kelihatan seorang doktor perempuan.
" Sila diri atas penimbang berat ni. Nak tahu berat" arah pembantu klinik tersebut. Tengku Rifzqi Aryan hanya mengikuti sahaja arahan pembantu klinik tersebut kemudian duduk di kerusi yang disediakan sebelah doktor muda perempuan itu.
" Sakit apa?" soal Adelia Zanysha lembut pada pesakitnya.
" Sakit perut" jawab Tengku Rifzqi Aryan pendek.
Adelia Zanysha pun mula mengecek suhu badan dan telinga Tengku Rifzqi Aryan. Tidak dilupkan degupan jantung Tengku Rifzqi Aryan. Segalanya dilakukan dengan cekap dan dicatit pada sehelai kertas. Tengku Rifzqi Aryan memandang Adelia Zanysha menyuruh Tengku Rifzqi Aryan baring di katil yang disediakan di dalam bilik rawatan tersebut. Adelia Zanysha mula melakukan tugasnya.
" Tunggu di luar ya" ujar Adelia Zanysha. Tengku Rifzqi Aryan hanya mengangguk sahaja. Boleh tahan cantik juga doktor yang merawatnya.
" Tengku Rifzqi Aryan" jerit pembantu klinik itu sekali lagi. Tengku Rifzqi Aryan menghampiri kaunter. Setelah pembantu klinik itu menerangkan ubat-ubat yang perlu diambil lalu membayar. Sebelum dia beredar dari situ, sempat lagi dia bertanya pada pembantu klinik itu.
" Sapa nama doktor tu?"
" Doktor Adelia Zanysha" jawab pembantu klinik. Tengku Rifzqi Aryan tersenyum mendengar jawapan pembantu klinik itu.
'Nama secantik orangnya' getus hati Tengku Rifzqi Aryan.
P/s: Moga terhubur! Jgn lupa komen! Sori klu ada typo!
No comments:
Post a Comment