" Apa kau nak? Dah puas hati dengan apa yang kau dah buat pada aku dan anak aku?" soal Adelia Zanysah dengan nada kasar.
Aina Qalisyah tersentak mendengar pertanyaan kasar adiknya itu. Sungguh, dia kesal dengan apa yang dilakukannya terhadap rumah tangga adiknya. Bukan Adelia Zanysha sahaja yang terkena tempias perkara itu tapi.... Jika masa dapat diputar kembali dia pasti akan membetulkan kesilapannya ini. Sayang seribu kali sayang kerana masa tidak dapat diputar kembali pada masa silam manusia. Perasaan sedih, sebak, marah mencengkam jiwanya sehingga menjadi satu adunan yang sebati! Sekarang i dia sudah menerima balasan atas apa yang dilakukannya.
Setelah sekian lama mereka menyepi akhirnya Adelia Zanysha bersuara. Dilihat kakaknya menangis tersedu-sedan di sebelahnya. Mungkin insaf dengan apa yang dilakukan kepada darah dagingnya sendiri. Adelia Zanysha benci melihat wajah yang telah merobohkan masjidnya!
“ Apa kau nak lagi? Tak puas lagi ke kau dah hancurkan rumah tangga aku ke sekarang kau nak rampas anak-anak aku daripada aku? Cakap pasal maaf sampai bila-bila aku takkan maafkan kau. Aku tak kisah kalau Rifzqi pijak maruh aku tapi tanpa dia sedari dia dah memijak maruah darah dagingnya disebabkan perbuatan kau! Manusia seperti kau tak patut dapat kemaafan daripada aku. Sanggup menghancurkan kebahagiaan darah daging sendiri. Biarlah aku tenang kat sini. ” Ujar Adelia Zanysha lalu memandang wajah ceria anaknya yang sedang bermain bola kecil sendiri. Memikirkan hala tuju mereka anak beranak. Ke mana harus dia pergi selepas ini?
“ Aku sedar kesilapan aku, Adelia Zanysha. Satu aje yang aku nak dari kau. Kemaafan. Tolonglah maafkan aku. ” Pinta Aina Qalisyah lalu duduk melutut di kaki adiknya. Orang ramai yang berada di taman itu memandang mereka dengan pandangan hairan lagi pelik. Adelia Zanysha hanya buat tidak tahu sahaja dengan pandangan orang-orang yang melihatnya.
“ Setelah apa yang kau lakukan pada aku anak beranak kau senang-senang nak minta maaf dekat aku? Disebabkan kau, anak aku tak dapat kasih seorang bapa dan disebabkan kau juga aku dibuang keluarga! Kau memang perempuan paling tak guna yang pernah aku jumpa! ” Ujar Adelia Zanysha lalu menolak badan kakaknya kasar. Perasaan marah membuak-buak di dadanya!
“ Maafkan aku, Nysha. Disebabkan perbuatan aku, kau dihina oleh keluarga dan suami kau. Maafkan aku, Nysha. ” pinta Aina Qalisyah dengan suara tersedu-sedan.
“ Sedar pun kau dengan perbuatan zalim kau. Sebelum kau buat kau ada fikir kesannya?! ” tengking Adelia Zanysha. Aina Qalisyah terdiam apabila mendengar tengkingan adiknya itu. Sekali lagi, mereka menjadi tumpuan pengunjung Kings Park.
“ Kau tahu apa Rifzqi cakap kat aku. Mengenali dan mencintai aku adalah kesilapan yang paling besar dia pernah buat dan Rifzqi kata kat aku betapa beruntungnya dia kerana aku belum lagi mengandungkan zuriatnya. Di saat dia mengucapkan kalimah ‘terindah’ tu aku sedang mengandungkan zuriat dia. Hanya kerana fitnah itu , rumah tangga aku hancur berkecai. Sampai hati kau menghancurkan kebahagiaan aku! Apa salah aku pada kau?! ” sambung Adelia Zanysha lagi. Adelia Zanysah mengelap air matanya kasar. Tiada gunanya dia menangisi perkara yang lalu! Dia harus tabah di hadapan anak-anaknya!
“ Kau tak salah apa-apa … ” belum sempat Aina Qalisyah ingin menhabiskan bicaranya Adelia Zanysha sudah memotong.
“ Kalau aku tak ada salah dengan kau, kenapa kau buat aku macam ni? Sejak kita kecil lagi mama selalu lebihkan kau. Apa yang kau nak semua mama bagi. Aku? Kenapa kau dengki sangat dengan kebahagiaan aku? ” soal Adelia Zanysha lagi. Air matanya tidak berhenti mengalir lagi.
“ Maafkan aku, Nysha. Sejak kau kecil lagi mama dah pinggirkan kau. Maafkan aku. ” Pinta Aina Qalisyah sekali lagi.
Tengku Rifzqi Aryan tersentak apabila sebiji bola terjatuh di pangkuannya. Dia terus mengutip bola tersebut lalu memandang sekelilingnya. Tiba-tiba seorang anak kecil berumur lingkungan 4 tahun menegurnya.
“ Uncle, can I get back my ball? ” soal anak kecil tersebut.
“ Here. What is your name, boy?” tanya Tengku Rifzqi Aryan pada anak kecil tersebut lalu menundukkan sedikit badannya agar aras ketinggiannya sama dengan ketinggian anak kecil itu. Dia ralit memandang anak kecil di hadapannya. Alangkah bagusnya jika dia mempunyai seorang anak bersama isterinya... Baru dia perasan anak kecil dihadapannya ini menyerupai wajahnya ketika dia berusia 4 tahun. Sangat iras!
“ My mom call me Ian." Jawab anak kecil itu petah walaupun usianya baru sahaja menginjak 4 tahun.
" Where's your mom?" soal Tengku Rifzqi Aryan lagi. Dia teringin melihat ibu kepada anak kecil ini. Hatinya tercuit melihat kepandaian anak kecil tersebut. Kecil lagi sudah pandai bercakap, telah Tengku Rifzqi Aryan.
" At there." jawab anak kecil itu lalu menunding jarinya ke arah satu bangku yang terletak tidak jauh dari bangku yang diduduki Tengku Rifzqi Aryan.
“ Come. I send you to your mother. ” Ujar Tengku Rifzqi Aryan lalu mendukung anak kecil tersebut. Anak kecil itu terus mengangguk di dalam dukungan Tengku Rifzqi Aryan.
Situasi dia antara Adelia Zanysha dan kakaknya, Aina Qalisyah semakin tegang. Udara nyaman di Kings Park, Australia tidak mampu menyejukkan hati Adelia Zanysha yang ‘panas’ itu. Dia tersedar apabila terdengar anak lelakinya menjerit memanggilnya.
“ Mama! Mama! Mama! ” jerit Tengku Raid dari dalam pelukan Tengku Rifzqi Aryan. Adelia Zanysha yang dari tadi asyik memkirkan masalah dirinya terus terkejut apabila anaknya memanggilnya dan lagi terperanjat apabila anaknya berada di dalam dukungan ‘seseorang’. Tengku Rifzqi Aryan terkejut apabila memandang wajah-wajah dihadapannya. Perasaan rindu mencengkam jiwanya apabila melihat wajah dihadapannya. Hampir 4 tahun dia tidak berjumpa dengan wajah kesyangannya itu. Dia kesal kerana bertindak melulu pada masa itu. Alangkah bagus...
‘ Ya Allah rindunya aku pada dia! Ian ni anak aku ke?" soal Tengku Rifzqi Aryan pada dirinya sendiri. Aina Qalisyah tidak menyangka dia akan berjumpa dengan Tengku Rifzqi Aryan di sini. Adelia Zanysha pula terkedu seribu bahasa apabila melihat Tengku Rifzqi Aryan di hadapannya dan lagi tepat anaknya berada di dalam dukungan lelaki itu!
‘ Dah hampir 5 tahun aku tak jumpa dia! Apa yang dia buat kat Australia ni? ’ Adelia Zanysha tertanya-tanya di dalam hati.
“ Mama…mama…mama… ” rengek Tengku Raid yang masih dalam dukungan Tengku Rifzqi Aryan. Rengekan Tengku Raid menyedarkan mereka bertiga ke alam nyata.
“ Here is your son. ” Ujar Tengku Rifzqi Aryan lalu menghulur Ian pada Adelia Zanysha. Sebelum menghulur Tengku Raid pada Adelia Zanysha dia sempat mengucup pipi montel Ian. Tengku Rifzqi Aryan yakin Ian adalah zuriatnya! Buktinya Adelia Zanysha mama kepada Ian dan wajah Ian amat menyerupai wajahnya! Adelia Zanysha berasa sangat terharu melihat perlakuan Tengku Rifzqi Aryan itu. Aina Qalisyah hanya memerhati drama sebabak di hadapannya. Dia berasa sungguh menyesal dengan apa yang dia lakukan pada adik kandungnya sendiri.
“ Need to go now. Assalamualaikum. ” kata Adelia Zanysha lalu beredar dari situ dengan anak lelakinya. Ian sempat melambai tangan dan memberi flying kiss pada Tengku Rifzqi Aryan. Tengku Rifzqi Aryan tersenyum melihat gelagat Ian. Tiba-tiba Tengku Rifzqi Aryan memandang Aina Qalisyah dengan pandangan yang cukup tajam seperti ingin meminta penjelasan bagi situasi ini.
wah macam best jek...prolog yang menarik...
ReplyDelete