" Aina ... Adelia cepat siap kita nak pergi majlis kawan mama. Anak lelaki dia baru balik dari UK.” Teriak Puan Zurin dari dalam kamarnya. Sedang bersiap untuk menghadiri majlis kawan persatuannya.
Aina Qalisyah berlari masuk ke dalam biliknya untuk bersiap. Hanya Adelia Zanysha sahaja di ruang tamu tingkat satu rumahnya. Arahan mamanya dipandang sepi. Puan Zurin hairan apabila melihat Adelia Zanysha masih duduk termenung di ruang tamu.
“ Adelia Zanysha kau tak nak ikut ke? Manalah tahu salah sorang anak mama ni tersangkut dengan anak laki Datin tu ... bertuah mama. Dapat berbesankan dengan kerabat dirajat lagi.” Puan Zurin memasang angan-angannya di dalam hati. Sungguh beruntung dirinya jika dapat berbesankan dengan Datin Syaza dan Tan Sri Tengku Amsyar. Untung-untung dia mendapat tempias kekayaan mereka. Adelia Zanysha berasa jelek mendengar angan-angan mamanya. Mama dan kakak sama saja tahu fikir pasal duit aje, telah Adelia Zanysha.
“ Tak naklah ikut. Buang habis masa aje. Baik keluar dating dengan Fiz.” Ayat terakhir sekali diucap dengan suara yang agak perlahan. Takut mamanya mendengar apa yang dikatakannya tadi namun telinga gajah Puan Zurin dapat menangkap ayat terkhir yang diucapkan oleh anaknya itu.
“ Sampai bila kau nak jadi songsang ni? Kan mama dah suruh kamu break dengan Hafizah kesayangan kamu. Mama bagi kamu last warning kalau kamu tak berpisah lagi dengan Hafizah aka boyfriend kamu tu mama tak akan teragak-agak buang kamu sebagai anak mama.” Marah Puan Zurin sambil merenung Adelia Zanysha dengan pandangan yg amat tajam. Seperti mata pedang!
Adelia Zanysha berasa sangat jelek mendengar ayat terakhir mamanya. Rasa ingin muntah hijau saja di hadapan mamanya. Bukankah sejak dia bayi lagi dia sudah dibuang oleh mamanya? Kenapa baru sekarang mamanya ingin melakukan tanggungjawab sebagai seorang ibu?
Bukannya dia tidak tahu fitrah Adelia Zanysha itu. Anaknya yang paling dibencinya itu suka COUPLE dengan kaumnya sendiri apabila ditanya kenapa pasti dia akan menjawab ‘ Lelaki tak boleh dipercayai.’ Tapi bukankah ayahnya juga lelaki... Adelia Zanysha menjadi lesbian semenjak usianya 15 tahun. Mungkin Adelia Zanysha kurang kasih sayang ibu bapa. Dia tidak pernah merasai kasih sayang mama dan papanya. Tiba-tiba ingatan Puan Zurin terimbau pada perkara lalu. Kerana perlakuan songsang anaknya itu dia mendapat malu!
10 tahun lalu....
Puan Zurin dan Mak Nab sedang berbual-bual sambil memasak juadah tengah hari. Tiba-tiba telefon Puan Zurin berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tanpa mengesyak apa-apa dia terus menyambut panggilan itu.
" Assalamualaikum. Ni siapa?" soal Puan Zurin pelik kerana nombor yang menelefonnya memang tidak dikenalinya.
" Kami dari SMK ********. Kami minta Puan segera datang ke sekolah untuk berbincang tentang masalah Adelia Zanysha." kata guru kaunselor sambil memandang dua orang pelajarnya dengan pandangan sepi.
" Baiklah." putus Puan Zurin. Dadanya berdegup kencang apabila memikirkan masalah anaknya itu. ' Tak habis-habis nak menyusahkan aku! Entah apalah dia buat kat sekolah tu!' omel Puan Zurin bersendirian. Mujurlah esok hari kakaknya kan pulang dari outstation. Tidak tahan dia melayan kerenah anak yang dibencinya itu. Mak Nab hanya memerhati saja majikannya. Apakah yang sedang berlaku? Soal Mak Nab dalam hati. Janganlah Adelia Zanysha yang buat hal. YaAllah kau selamatkanlah Adelia itu dari bancana, doa Mak Nab dalam hati.
" Mak Nab, saya ada hal sikit." kata Puan Zurin kepada Mak Nab lalu meninggalkan dapur itu dengan perasaan geram membuak-buak di dadanya. Mak Nab hanya mengangguk sahaja sambil memandang majikannya berlalu pergi dengan pandang kasihkan. Kasihan kerana Adelia Zanysha tidak pernah merasakan kasih sayang mama dan papa kandungnya. Mujurlah mak longnya ingin menjaganya.
" Kamu pernah bercium dengan Adel?" soal Puan Dania serius lalu merenung dua orang pelajar di hadapnnya. Adelia Zanysha hanya menunduk sahaja. Tidak berani untuk bertentang mata dengan guru dihadapannya ini. Hafizah dengan yakim menjawab " Tidak, Puan Dania!"
" Kamu jangan nak tipu!" sergah Puan Dania garang. Siapa tak kenal Adelia Zanysha. Nama anak muridnya itu popular di sekolah dengan kesalahan tidak membuat kerja sekolah tapi anak muridnya itu sangat bijak! Seingatnya Adelia Zanysha merupakan salah seorang pelajar cemerlang dalam negeri Melaka pada tiga tahun lepas.
" Betul cikgu." Hafizah sedaya upaya menafikan tuduhan itu. Adelia Zanysha yang berada di sebelahnya hanya diam membatu. Mana tidaknya ... tiba-tiba Adelia Zanysha yang sedang sibuk menelaah pelajaran di perpustakaan dipanggil berjumpa dengan Puan Dania di bilik kaunseling.
" Bagaiman kamu berdua boleh berkenalan?" soal Puan Dania serius sambil merenung Adelia Zanysha.
" Dia pernah selamatkan saya dari senior yang nak buli saya" jawab Adelia Zanysha tiba-tiba. Dia sudah tidak tahan dengan soalan-soalan yang ditanya oleh guru disiplin sekolahnya, Puan Dania. Dia ingin perbualan ini dihabiskan secepat mungkin. Puan Dania hanya mengangguk mendengar jawapan Adelia Zanysha. Hafizah tersenyum mendengar jawapan kekasih hatinya. Akhirnya Adelia Zanysha bersuara!
" Kamu berdua couple?" soal Puan Dania lagi. Hafizah dan Adelia Zanysha tersentak mendengar soalan Puan Dania. Muka Adelia Zanysha pucat mendengar soalan itu.
" Tak!" nafi Hafizah. Adelia Zanysha menggelengkan kepalanya. Rasa ingin manangis sahaja sekarang.
" Kamu pasti? Cikgu tak suka orang menipu cikgu!" Puan Dania memberi amaran. Hafizah dan Adelia Zanysha mengangguk dengan penuh yakin!
" Apa maksud gambar ni?" soal Puan Dania lalu menunjukkan sekeping gambar. Mereka berasa amat terkejut apabila melihat gambar yang dipegang Puan Dania.
Tiba-tiba pintu bilik kauseling diketuk....
" Silakan duduk Puan Zurin." pelawa Puan Dania ramah. Puan Zurin mengambil tempat di sebelah Adelia Zanysha. Muka Adelia Zanysha bertambah pucat apabila melihat mama ' kesayangan' duduk disebelahnya. Puan Zurin menjeling tajam pada anaknya. Puan Dania terus menceritakan perkara 'itu' pada Puan Zurin. Muka Puan Zurin merah menyala.
" Pihak sekolah akan memberi khidmat kauseling kepada Adelia dan Hafizah pada hari Khamis dan Jumaat. Pukul 2.00-4.00 petang. Jangan lupa ya Adelia, Hafiz" ujar Puan Dania serius. Adelia dan Hafizah diminta pulang ke kelas masing-masing. Sebaik sahaja Adelia Zanysha masuk ke dalam rumahnya Puan Zurin sudah bersedia dengan tali pinggang di tangan. Teruk juga Adelia Zanysha dipukul. Aina Qalisyah hanya melihat adiknya dibelasah oleh mamanya. Malah dia boleh lagi memberi jelingan dan senyuman sinis pada Adelia Zanysha.
" Mama cantik tak dress ni?" soal Aina Qalisyah lalu memusingkan badannya di hadapan mamanya. Pertanyaan itu mematikan lamunan Puan Zurin. Adelia Zanysha memandang kakaknya dengan pandangan sinis.
‘ Apa kes akak aku pakai baju ni? Tak ada yang lagi seksi ke?’ kata Adelia Zanysha di dalam hati sambil merenung kakaknya tajam.Terbeliak mata Adelia Zanisyah apabila melihat kakaknya memakai cocktail dress berwarna purple paras betis dan menyerlahkan dada dan bahu kakaknya yang putih melepak itu. Aina Qalisyah menjeling adiknya. ' Jeleslah tu!' kutuk Aina Qalisyah di dalam hati.
“ Aku tahu kau jeles nampak aku pakai baju ni. Kau tu mana tahu pakai baju-baju macam ni.” Kata Aina Qalisayh sinis lalu memberikan senyuman yang cukup manis pada mamanya. Mamanya tersenyum melihat Aina Qalisyah. Anak sulungnya itu pandai berdandan dan menggoda lelaki bukan seperti Adelia Zanysha yang berperwatakan seperti lelaki.
“ Nysha pergi tukar baju sekrang! I say now! Dah besar-besar pun nak kena bantai lagi ke?!" tengking Puan Zurin. Adelia Zanysha yang sedang leka menonton Hawaii Five O di siaran 701 terus masuk ke dalam biliknya untuk menyalin pakaian. Lagipun dia sudah bertekad untuk tidak melawan kata-kata orang tua dan menghormati mamanya walaupun mamanya amat membencinya. 'Syurga seorang anak terletak di bawah tapak kaki ibu'. Dia hanya memakai t-shirt polo berwarna biru muda dan seluar jeans Giordano. Tidak dilupakan jaket hitam dan topinya.
Adelia Zanysha yang sedang leka termenung tentang nasibnya terkejut apabila seseorang melanggar bahunya dan dengan tak sengaja air oren yang dipegang Adelia Zanysha tertumpah di dada bidang orang yang melanggarnya. Adelia Zanysha terus mengambil tisu yang ada di meja berdekatan dengan mereka lalu mengelap tuksedo lelaki itu. Sungguh dia berasa sangat panik.
“ Where do you put your eyes? Habis Tuxedo aku ni!” marah Tengku Rifzqi Aryan kepada Adelia Zanysha lalu merenung adelia Zanysha dengan pandangan tajam. Adelia Zanysha berasa sangat marah apabila orang yang melanggarnya memarahinya pula. Padahal salah lelaki itu sendiri.
' Comel jugak budak ni? Perempuan ke lelaki ni?' soal Tengku Rifzqi Aryan dalam hati sambil merenung wajah yang sedang mengelap tuksedonya. Hatinya berdegup kencang apabila melihat wajah dihadapannya.
“ Hello. Awak yang langgar saya ke saya langgar awak. Awak tu yang langgar bahu saya. Nak salahkan saya pulak. Dia yang buta nak cakap aku buta pulak."Marah Adelia Zanysha pula. Mukanya sudah merah menahan marah yang teramat sangat kerana menahan marah dan malu kerana lelaki di hadaannya ini merenungnya tajam.
" Rasanya budak ni tomboilah... Sebab suara dia tak garau.' kata Tengku Rifzqi Aryan dalam hati.
Aina Qalisyah terus menuju ke arah Tengku Rifzqi Aryan dan adiknya. Patutlah Tengku Rifzqi Aryan lambat mengambilkannya jus oren rupa-rupanya adiknya telah membuat kecoh dengan kekasih hati barunya.
“ Qiqi bukan ke you nak ambilkan I air tadi. Siapa yang langgar you ni?” Aina Qalisyah berpura-pura tanya kepada Tengku Rifzqi Aryan sambil melirikkan matanya pada adiknya.
“ Entahlah you. Minah mana yang tersesat sampai ke sini. Dahlah tersesat pastu tumpahkan air oren tu kat baju I pulak. Habis kotor baju I.” Adu Tengku Rifzqi Aryan manja pada perepuan yang baru dikenalinya hampir dua jam yang lalu. Adelia Zanysha berdiam diri sahaja kerana malas ingin melayan kakaknya dan lelaki yang dipanggil Qiqi itu.
‘ Dahlah nama macam perempuan. Dah kira nasib baik aku lapkan sikit tuxedo dia!’ Kutuk Adelia Zanysha di dalam hati lalu beredar dari situ. Malas ingin melayan perangai dua orang makhluk tuhan di hadapannnya.
“ Biadap sungguh perempuan tu. Dahlah tak minta maaf.” Ujar Tengku Rifzqi Aryan geram. Namun dalam hati kata lain.
'Bukan tahu nak minta maaf kat aku budak sekolah ni! Nasib baik muka cute!' ujar Tengku Rifzqi Aryan lalu memberi senyuman plastik pada kekasih hati barunya. Dasar buaya darat!
“ Biarkan aje orang tu. Takkan you nak pakai baju ni lagi?” soal Aina Qalisyah dengan suara menggoda. Tengku Rifzqi Aryan sudah ‘cair’ dengan suara menggoda Aina Qalisyah.
“ Dahlah, jom masuk bilik I. You tolong I pilih baju ya? By the way do you know that guy?” soal Tengku Rifzqi Aryan lalu memandang Aina Qalisyah. Baginya Aina Qalisyah ialah gadis yang paling seksi yang pernah dia jumpa.
“ Nope. Let that guy be.” Tipu Aina Qalisyah. Dia malu untuk mengaku Adelia Zanysha sebagai adiknya. Sejak mereka kecil lagi mereka tidak sebulu...
Adelia Zanysha menunggu kehadiran kekasih hatinya. ' Manalah pergi dia ni?! Lembapnya!' gerutu Adelia Zanyhsa di dalam hati. Tiba-tiba sebuah motor berkuasa besar berhenti dihadapannya.
" Sorry lambat! Ada masalah... Dont angry, sweetheart!" pujuk Hafizah kepada Adelia zanysha. Terlejut juga dia apabila mendapat pesanan ringkas dari Adelia Zanysha supaya cepat sampai ke Hotel Holifay Inn. Apa yang dibuat oleh Adelia Zanysha di situ pun dia tidak tahu... Adelia Zanysha memuncungkan mulutnya mendengar alasan kekasihnya.
" Yalah... " kata Adelia Zanysha. Malas memanjangkan rajuknya.
" You want to go where? Balik rumah mama you atau kondo you?" soal Hafizah lalu menghulurkan topi keledar kepada Adelia Zanysha. Adelia menyambut huluran itu.
" Tempat biasa jelah" jawab Adelia Zanysha tiada nada lalu membonceng motor berkuasa besar itu. Sungguh dia tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa sahaja sekarang!
Hafizah hanya menurut kata Adelia Zanysha. Enta siapalah Adelia Zanysha bergaduh...
“ Tak guna punya kakak!” jerit Adelia Zanysha seorang diri di jambatan yang menuju ke Masjid Selat Melaka.
" Arghhh!!! Kenapa semua orang tak sayang aku?! Aku akan cari siapa yang bunuh dan rogol umi! Kau siap setan! Aku dapat cari kau aku siat-siat muka kau!!! Kenapalah umi tinggalakan aku cepat sangat?! Dear god, can you give me back my umi!!! Just for awhile! Why you are too cruel, god?" jerit Adelia Zanysha. Tanpa sedar, air matanya mengalir laju di pipinya. Mengapakah insan yang paling dia sayangi tinggalkan dia dengan cara begitu kejam?! Mengapakah tuhan itu bersikap tidak adil kepadanya?
Rasa mahu saja dia melompat ke dalam laut Selat Melaka di hadapannya untuk menghilangkan masalahnya. Tapi dia bukan gila lagi untuk membuat perkara terkutuk itu! Kelihatan hanya dia seorang saja yang berada di jambatan yang menuju ke arah Masjid Selat,Melaka. Tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit.
‘ Alamak! Sapa yang cuit bahu aku ni? Janganlah hantu air yang ada kat belakang aku ni!’ doa Adelia Zanysha di dalam hati. Dengan beraninya dia menoleh ke belakang.
“ Assalamualaikum. Anak buat apa kat sini? Dah jauh malam ni baik anak balik.” Tegur mak cik tersebut pada Adelia Zanysha. Adelia Zanysha hanya memerhati mak cik tua itu tanpa bersuara sepatah pun. Setelah lama mereka menyepi akhirnya mak cik tua itu bersuara.
“ Anak kelihatan seperti sedang kecewa dan sedih. Jika anak sedang bersedih eloklah anak singgah ke masjid. Menghadap kepadaNya pasti anak akan rasa tenang.” Nasihat mak cik itu pada Adelia Zanysha. Adelia Zanysha hanya mengangguk lalu memandang ke atas. Merenung awan gelap.
" Mak cik boleh tumpangkan anak kalau nak pergi ke masjid" ujar mak cik itu.
" Terima kasih, mak cik" kata Adelia Zanysha lalu mengikut langkah mak cik itu ke kereta mak cik itu. Berharap mak cik itu seorang yang baik!
No comments:
Post a Comment