" Mak Cik Dahlia ada berapa cucu?" soal Adelia Zanysha ketika dia dan Puan Dahlia sedang mengemas kebun di belakan villa Qaseh.
" Mak cik ada 10 orang cucu... 4 lelaki 6 perempuan" jawab Puan Dahlia.
Adelia Zanysha hanya mengangguk tanda mengerti.
" Adelia tinggal dengan siapa sebenarnya?" soal Puan Dahlia lalu mengambil tempat di bangku yang berada di kebunnya. Tidak ketinggalan Adelia Zanysha. Dia terkedu mendengar soalan yang tidah pernah dijangka akan ditanya oleh Puan Dahlia.
" Adelia tinggal dengan mak long Adelia. Dari Adelia bayi lagi dia jaga Adelia.
Dia meninggal dunia masa Adelia tahun kedua kedua dekat Notts. Dia..." Adelia Zanysha tidak sanggup memberitahu sebab uminya meninggal dunia. Air matanya bergenang di tubir mata.
" Kalau Adelia tak sanggupa ceritakan tak apalah... Mak Adelia tinggal dekat mana? Adelia tak ada adik beradik lain ke?" soal Puan Dahlia.
" Tinggal dekat Ayer keroh, Taman Tasik Utama. Adelia da sorang kakak aje. Dia kembar Adelia."
" Kenapa arwah umi Adelia yang jaga Adelia sejak bayi lagi?" tanya Mak Cik Dahlia hairan. Adelia Zanysha terkelu mendengar soalan Puan Dahlia.
" Sebab dia benci sangat dengan anak tak guna ni..." gumam Adelia Zanysha namun gumaman itu masih dapat didengari oleh Puan Dahlia. Pasti ada perkara yang sedang Adelia Zanysha rahsiakan...
Tiba-tiba fikiran Adelia Zanysha teringat peristiwa yang berlaku ketika dia berusia 8 tahun...
" Mama... Mama... Boleh tak buatkan Adelia air sirap?" tanya Adelia Zanysha lembut pada mama kandungnya. Puan Zurin berasa rimas dengan panggilan yang dipanggil oleh Adelia Zanysha. Dengan bengisnya dia berkata...
" Sapa mama kau?! Kau bukan anak aku!!! Kau faham tak? Hidup tahu menyusahkan aku dengan keluarga aku!"
Bibir Adelia Zanysha dicebikkan seperti ingin menangis sahaja. Burukkah dia dihadapan mama dan kakak kembarnya? Adakah dia memang betul-betul menyusahkan hidup mamanya?
" Menangis! Menangis! Kau ingat aku ada masa nak pujuk kau?! Menangislah!" tengking Puan Zurin lalu menarik telinga Adelia Zanysha. Nurin yang baru balik dari menemui seseorang terus menuju ke dapur rumah mamanya untuk memastikan apa yang berlaku... Kelihatan adiknya sedang memarahi anak kesayangannya.
" Apa kau buat ni, dik? Kau sedar tak apa kau cakap tu?! Seburuk-buruk dia syurga dia masih terletak dekat tapak kaki kau! Kau ingat sikit, dik! Dia yang kau benci sangat nilah yang duduk dalam rahim kau 9 bulan! Kau sedar tak apa kau cakap?" tengking Nurin pada adiknya, Zurin. Adelia Zanysha terus menyorok di belakang uminya. Dia berasa amat takut dengan situasi yang dihadapinya.
" Aku memang sedar masa aku cakap perekataan tu dekat budak malang ni! Kau nak back up dia apahal? Ke dulu kau pernah jatuh hati dekat bapak budak ni dan sebab tu kau jaga budak ni dengan penuh kasih sayang?" kata Zurin sinis. Nurin mengucap mendengar kata-kata adiknya itu.
" Kau tahu tak fitnah tu antara dosa besar! Aku dah malas nak nasihatkan kau" ujar Nurin lalu memimpin tangan comel Adelia Zanysha menuju ke kamar tidur mereka.
" Umi, kenapa mama benci sangat dengan Nysha? Kenapa dia cakap Nysha menyusahkan umi? Maafkan Nysha kalau Nysha menyusahkan umi... Nysha tak ada niat untuk menyusahkan umi" soal Adelia Zanysha petah walaupun usianya baru sahaja menginjak 8 tahun. Nurin terkedu mendengar soalan yang terpancul dari mulut comel anaknya. Sesaat kemudian terdengar Adelia Zanysha menangis tersedu sedan di atas katil. Nurin terus menghampiri anaknya yang sedang duduk di atas katil. Dia memeluk kejap tubuh montel Adelia Zanysha.
" Dengar sini, Nysha... Nysha jangan benci mama... Dia cuma lakukan kesilapan dalam hidup dia sahaja... Suatu hari nanti Nysha akan faham. Nysha tak pernah menyusahkan umi, tok ma, tok pa dan semua ahli keluarga kita. Ingat tu, Nysha! Umi takkan berhenti sayang , Nysha. Umi sayang anak umi ni sangat-sangat!" kata Nurin panjang lebar pada satu-satunya anaknya lalu memeluk tubuh montel Adelia Zanysha.
" DAH nak balik ke, Nurin? Tinggallah lama-lama sikit... Kamu tak kesian ke dekat mama ni?" soal Puan Alya sebaik sahaja melihat anak dan cucunya menuruni tangga dari tingkat atas dengan bagasi besar.
" Ya, mama. Kalau tinggal kat rumah ni lagi menyakitkan hati Nysha sahaja. Kesian dia... Kami gerak dululah ya, mama." kata Nurin. Zurin pula berasa bengang apabila disindir kakaknya. Tanpa disuruh, Adelia menyalami
tangan tok ma dan tok pa. Tidak dilupakan saudara kembarnya dan mamanya. Ketika menyalami saudara kembarnya, dia ditolak kasar sehingga jatuh. Nurin berasa amat terkejut dengan tindakan anak buah sulungnya, Aina Qalisyah. Dia terus meluru ke arah Adelia Zanysha.
" Nysha, ok tak?" soal Nurin prihatin pada anaknya. Adelia Zanysha hanya mengangguk sahaja lalu berdiri. Wajah kembarnya dipandang tajam!
' Kenapalah diorang n benci sangat dengan aku?' soal Adelia Zanysha di dalam hati.
" I'm sorry..." kata Aina Qalisyah tidak ikhlas. Jangan haraplah dia ingin meminta maaf pada kembarnya itu tapi apabila melihat renungan tajam mamanya terus dia meminta maaf pada kembarnya itu. Kata maaf Aina Qalisyah dibalas jelingan tajam Adelia Zanysha.
Setelah bersalaman dengan semua ahli keluarganya mereka terus memasukkan bagasi ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta Nurin mengundur sambil itu ahli keluarganya melambai-lambai tangan kepada Nurin dan Adelia Zanysha.
PUAN DAHLIA melambai-lambaikan tangannya di hadapan Adelia Zanysha. Lamunan Adelia Zanysha mati kerana mendengar petikan jari Puan Dahlia.
" Adelia kerja apa?" soal Puan Dahlia ringkas sambil memandang kebun bunga villanya. Terasa nyaman udara di kebun bunganya.
" Doktor dekat klinik arwah umi Adelia" jawab Adelia Zanysha pendek.
" Nama arwah umi Adelia apa? Dekat mana ya klinik tu?" tanya Puan Dahlia lagi.
" Nama arwah umi, Nurin. Klinik tu dekat Ayer Keroh" Puan Dahlia tersentak mendengar jawapan Adelia Zanysha. Dia tidak sama sekali menyangka Adelia Zanysha merupakan anak angkat kawan baiknya, Nurin. Rupa-rupanya inilah Adelia Zanysha yang dijaga oleh arwah Nurin. Dia hanya pernah melihat gambar anak angkat Arwah Nurin di dalam gambar sahaja. Berjumpa bertentang mata sama sekali tidak pernah. Arwah Nurin pernah menjadi doktor peribadi keluarganya. Kematian Nurin amat menyayat hati. Dia dirogol dan dibakar di sebuah ladang kelapa sawit. Memang patutlah Adelia Zanysa tidak sanggup menceritakan bagaiman arwah uminya meninggal dunia. Dia juga hampir pengsan apabila mendengar berita itu.
Perbualan mereka terhenti apabila Mak Mah memanggil mereka untuk makan tengah hari.
"YOU, jom pergi MP... I nak shopping dengan you..." kata Aina Qalisyah dengan nada manja. Tengku Rifzqi Aryan berasa rimas pula apabila mendengar kata-kata manja Aina Qalisyah. Dia baru sahaja ingin keluar dengan sahabat-sahabatnya tapi Aina Qalisyah sudah menggedik ingin bershopping dengannya.
" Tak bolehlah, Aina. I ada meeting dengan kawan-kawan I. Lain kali ea?" pujuk Tengku Rifzqi Aryan lembut.
" Alaaa... Mana boleh macam ni?! You sanggup tak temankan I shopping semata-mata nak jumpa dengan kawan-kawan you! Sampai hati you Rifzqi!" pekik Aina Qalisyah di sebelah talian.
" Suka hati I lah nak keluar dengan sesapa pun! Yang you nak menyibuk tu kenapa? You tu isteri I ke? Tak kan?" balas Tengku Rifzqi Aryan kasar lalu mematikan talian. Ego lelakinya tercabar apabila Aina Qalisyah memekik padanya. Geram pula demgan perangai gedik Aina Qalisyah.
' Baik aku layan cerita House ni... Lagi best dari melayan dia!' kata Tengku Rifzqi Aryan bersendirian.
" KENAPA ni, Aina?" tegur Puan Zurin. Pelik juga melihat muka Aina yang monyok setelah bercakap dengan sessorang di dalam telefon.
" Rifzqi ni ... Dia tak nak temankan Aina shopping... Geramnya!" jawab Aina Qalisyah geram. Wajah Puan Zurin tercengang-cengang mendengar jawapan Aina Qalisyah.
' Apa anak aku merepek ni? Sapa pulak Rifzqi ni?' soal Puan Zurin di dalam hati. Aina Qalisyah yang perasan wajah tercengang-cengang mamanya terus menjelaskan perkara yang sebenar.
" Takkan mama tak kenal Rifzqi? Anak Datin Syaza dengan Tan Sri tengu Amsyar... Alaaa yang masa tu kita pergi party dia orang tu kat Hotel Holiday Inn. Remember?" soal Aina Qalisyah.
" Ooo... Baru mama ingat! Aina kena tawan hati dia! Kalau boleh kahwin dengan dia... Boleh kita merasa harta dia! Lepas Aina kikis harta dia... Tinggal kan dia!" kata Puan Zurin jahat. Mereka berdua telah merancanakan sesuatu di dalam kepala otak mereka. Mereka berdua ketawa jahat lalu memberitahu rancangan mereka.
PUAN ZURIN leka memilih bahan dapur di pasar raya JUSCO Aeon Melaka. Puan Zurin sedang memilih sabun pencuci yang perlu dibeli. Selalunya dia menggunakan sabun pencuci Downy tapi hari ini dia ingin menukar sabun pencuci. Dia terus mencapai sebotol besar sabun setelah memikirkan sabun pencuci mana yang ingin digunakan. Pada waktu yang sama sepasang tangan juga mencapai botol sabun yang dipegang Puan Zurin. Dia pun terus melihat wajah pemilik sepasang tangan itu. Dia terpaku melihat wajah pemilik sepasang tangan itu. Mereka berdua terpaku.
" Zurin..."
" Aiman?" Dia tidak sangka dia akan berjumpa dengan suami yang telah dia tinggalkan pada 26 tahun lepas.
" Its been a long time we never meet each other! So hows my children? Adelia sihat? Mesti awak dah gembirakan atas apa yang awak lakukan pada saya!" sindir Tan Sri Aiman geram. Puan Zurin terkedu mendengar kata-kata suaminya. Bagaimana suaminya tahu dia mempunyai anak? Bagaimana pula suaminya itu mengetahui tentang Adelia? Tentang anak yang dibencinya... Pelbagai persoalan muncul di mindanya.
" Yeah! Memang betul-betul lama... So awak ada berapa anak dengan Julia? Hrmmm... Tak tanya pasal Aina ke? Adelia dah 2 minggu tak balik rumah... "
" Ooo... Agaknya Adelia dah tak tahan tinggal dengan awak kot. Mana taknya... Awak asyik tengking dia aje" sindir Tan Sri Aiman. Walaupun dia sudah lama tidak menjumpai anak bongsunya tapi dia tahu isterinya itu membenci anak bongsunya kerana wajah anaknya itu amat mirip dengan wajahnya.
Wajah Puan Zurin kemerah-merahan mendengar sindiran suaminya itu. Tersentap sebenarnya!
" Sentap ke?" sindir Tan Sri Aiman lagi. Puan Zurin terus meninggalkan tempat itu kerana tidak tahan dengan sindiran suaminya. Tan Sri Aiman hanya tersenyum sinis sambil mengiringi langkah Puan Zurin. Nampaknya dia perlu menyuruh orang bawahannya untuk mencari maklumat tentang anak-anaknya. Satu keluhan kecil terbit di mulutnya.
" Lia perasan tak muka Adelia ada iras-iras muka Aiman? Dengan cara dia berjalan semua..." soal Tan Sri Tengku Aliff ketika mereka berada di kamar tidur mereka. Puan Dahlia yang sedang leka menyapu bedak sejuk di mukanya di hadapan meja solek terus memandang suaminya.
" Ada sikit-sikit. Tapi muka dia bukan iras-iras lagi dah. Memang betul-betul mirip dengan wajah Aiman tu" jawab Puan Dahlia lalu baring di sebelah suaminya yang sedang leka membaca majalah tentang kesihatan. Tan Sri Tengku Aliff mengangguk mendengar jawapan Puan Dahlia. Ada benar juga kata-kata isterinya itu.
" Awak perasan tak nama Adelia berbintikan Aiman. Mungkin Aiman tu ayah dia atau itu secara kebetulan sahaja." Tan Sri Tengku Aliff meluahkan pendapatnya.
" Sejak Lia kenal Adelia lagi Lia dah perasan tapi Lia buat tak tahu aje. Lagipun Adelia dulu tinggal dengan mak long dia. Awak tahu tak mak long dia sapa?"
Tan Sri Tengku Aliff menggelengkan kepalanya Sambil merenung wajah ayu isterinya.
" Awak ingat lagi tak arwah Nurin? Yang pernah jadi private doctor family kita..."
" Ingatlah... Betul ke Nurin tu mak long Adelia?" tanya Tan Sri Tengku Aliff. Dia seakan-akan tidak percaya dengan berita yang bari dia ketahui.
" Iya... Kesian dia kan... Tapikan bang kalau Rifzqi kahwin dengan Adelia mesti secocok kan?" soal Puan Dahlia lagi sambil tersengih-sengih memikirkan rancangannya. Tan Sri Tengku Aliff menggelengkan kepalanya mendengar soalan isterinya itu... Ada-ada saja isterinya itu.
Adelia Zanysha mundar-mandir di dalam kamar tidurnya. Jam di dinding direnungnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Selagi dia tidak menelefon pacarnya selagi itulah hatinya tidak akan tenteram. Tiba-tiba iphone di tangannya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.
' Mana u pergi Adelia? Penat i cari u!'- Fiz
Pantas saja jemari Adelia Zanysha menekan keypad Iphonenya.
' Tak ada pergi mana-mana! Still at Malaysia. We need to meet tmrw at Taman Bunga... 10.30 am!'- Adelia Zanysha
Hafizah tercengang-cengang membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Adelia. Hatinya sudah tidak sedap dan mula tertanya-tanya mengapakah Adelia ingin berjumpa dengannya?
' Why?'- Fiz
Adelia Zanysha hanya membiarkan pesanan ringkas itu. Malas untuk menjawab sebenarnya. Kalau dijawab pasti lebih banyak soalan yang akan ditanya oleh Hafizah. Adelia Zanysha memandang bintang-bintang dan bulan di ruang angkasa. Berharap suatu hari nanti hadir kebahagian hakiki di dalam hidupnya.
P/s: hope u guys love it! Sori klu ada typo!
best2.. hehe
ReplyDeletecita ni bnyak konflik nih.. hihi
Hehe... Nantikan!
Deletenice story!
ReplyDeletedone follow ur blog..
pnulis baru ye? sme la kite..
do visit my blog ye =)
Thank you! Inshaallah
Delete